Thumbnail for FORUM SMALA DI MIISMAM 2025,   TAJUK : " PERANAN REMAJA MADANI DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT HARMONI " by PSS SMA LUGHATIL ARABIAH

FORUM SMALA DI MIISMAM 2025, TAJUK : " PERANAN REMAJA MADANI DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT HARMONI "

PSS SMA LUGHATIL ARABIAH

22m 9s2,277 words~12 min read
YouTube auto captions
Transcript source

YouTube auto captions

This transcript was extracted from YouTube's auto-generated caption track. The transcript below is server-rendered so it can be read, searched, cited, and shared without opening the original YouTube player.

Timestamped outline
Pull quotes
[0:29]Yang dihormati, Tuan Pengerusi majlis, tunjang kelancaran acara kita pada hari ini.
[0:44]Yang arif lagi bijaksana, barisan juri profesional, penentu arah dan mutu forum kita.
[0:44]Yang dikasihi rakan-rakan panel kita dan hadirin sekalian Ukhuwah Iman, saksi kepada kelancaran acara kita pada hari ini.
[1:37]Maka sebelum kita lanjut kepada wacana kita, ayuh kita berkenalan terlebih dahulu.
Use this transcript
Related transcript hubs

[0:06]Remaja Madani, tonggak perpaduan masyarakat. Remaja Madani, pembina tamadun negara. Remaja Madani, pemaju ekonomi negara. Remaja Madani, berakhlak mulia, berjiwa murni.

[0:19]Burung terbang di pohon meranti, membawa diri ke Sungai Petani. Usaha gigih membawa erti, menuju puncak insan Madani.

[0:29]Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang dihormati, Tuan Pengerusi majlis, tunjang kelancaran acara kita pada hari ini.

[0:44]Yang arif lagi bijaksana, barisan juri profesional, penentu arah dan mutu forum kita. Yang dikasihi rakan-rakan panel kita dan hadirin sekalian Ukhuwah Iman, saksi kepada kelancaran acara kita pada hari ini.

[1:01]Syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala, kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bersama dalam bicara ilmiah yang cukup bermakna ini dalam usaha membina Tamat Kejayaan Madani yang berteraskan nilai perpaduan dan kesejahteraan sejagat.

[1:21]Saya sebagai saya Khairul Khadijah binti Mazairi, selaku pengerusi forum pada hari ini amat berbesar hati untuk menjadi pemudi perbincangan bersama para ahli panel yang cukup hebat dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

[1:37]Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Maka sebelum kita lanjut kepada wacana kita, ayuh kita berkenalan terlebih dahulu. Di sebelah kiri saya, ahli panel pertama, saudara Muhammad Irfan Hanafi bin Zukafli.

[1:53]Salam Malaysia Madani. Dan seterusnya ahli panal kedua, Ayu berkacamata, Saudari Siti Nur Alisyah Fatihah binti Muhammad Hasri.

[2:03]Assalamualaikum, Saudara dan Saudari.

[2:07]Dan di hujung sana nampak pemalu tetapi bijak berkata-kata, Saudari Nur Khairina Safina binti Muhammad Nor Sharil.

[2:15]Selamat pagi semua. Sidang hadirin, menurut undang-undang Malaysia, remaja merujuk kepada individu yang berumur antara 13 hingga 18 tahun iaitu individu yang masih di bawah umur dan dilindungi di bawah akta kanak-kanak 2001.

[2:34]Forum bertajuk Peranan Remaja Madani Membentuk Masyarakat Harmoni ialah satu tema yang mengangkat suara belia sebagai agen aspirasi Malaysia Madani.

[2:46]Bersidang kita pada hari ini untuk mendengar kupasan bernas daripada panel istimewa dengan kepakaran khusus dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

[2:58]Remaja hari ini, pemimpin masa hadapan. Terlihat ringkas namun sarat dengan mesej bahawa masa depan negara terletak di tangan remaja yang berwawasan.

[3:10]Memandangkan masa ibarat emas yang begitu mahal ketika ini, kita bersegera mengikuti bicara ilmiah daripada saudara Irfan, dipersilakan.

[3:20]Terima kasih saudari pengerusi atas persoalan yang telah diutarakan. Berikan aku 10 pemuda, negara akan kugoncangkan dunia.

[3:33]Begitulah kata-kata keramat Presiden Sukarno yang menggambarkan impak muda.

[3:39]Sebagai mukadimah, saya ingin membuka, bukan dengan membuka tudung saji untuk makan tapi buka fikiran dengan membicarakan peranan remaja dalam membina negara, khususnya berkaitan pelaksanaan Undi 18.

[3:56]Selepas pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik pada 2022, jumlah pemimpin muda meningkat dengan ketara.

[4:06]Iaitu seramai 1.3 juta pengundi yang berumur 18 hingga 20 tahun dalam PRN 15.

[4:15]Inilah keramat remaja madani. Di pundak mereka terletak amanah yang besar, iaitu memilih dengan bijaksana, bersuara dan mencorak negara.

[4:32]Maka, wajiblah remaja dipersiapkan dengan ilmu, diperkasa dengan nilai dan disemarakkan dengan jiwa patriotik agar setiap keputusan yang diambil menjadi obor membangun Malaysia yang harmoni dan maju jaya.

[4:51]Hadirin sekalian, kita lihat contoh pemimpin muda tak lain tak bukan Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ahli parlimen Muar yang pernah menjadi menteri termuda dalam sejarah Malaysia.

[5:05]Beliau menjadi pelopor Undi 18 dengan konsisten memperjuang suara anak muda. Saudara dan saudari, lembaran sirah Nabawiyah juga membuktikan bahawa Islam sudah lama mengiktiraf potensi remaja.

[5:21]Contohnya, Zaid bin Tsabit menjadi jurutulis wahyu seawal usia remaja. Usamah bin Zaid menjadi panglima perang pada usia 18 tahun.

[5:32]Tidak ketinggalan, Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Abbas dan Muaz bin Jabal radiallahuanhum semua sahabat Nabi ini merupakan tokoh pemuda yang unggul.

[5:45]Masya-Allah, alangkah indahnya jika para remaja hari ini mampu mencontohi sumbangan mereka.

[5:53]Berunding cerdik dengan pandai, faham dua jadi satu. Ayuh bangkit remaja Madani, kita bergerak serra membina masyarakat yang harmoni. Sekian terima kasih.

[6:04]Terima kasih Saudari Pengerusi. Remaja yang berpotensi bagai ombak di lautan.

[6:10]Mereka menggulung tenaga mengukir pantai, maju negara. Usai pencerahan awal, soalan buat panel kedua iaitu bagaimana remaja Madani menyumbang kepada nadi ekonomi Malaysia. Dipersilakan saudari.

[6:25]Terima kasih kepada saudari pengerusi atas persoalan sebentar tadi.

[6:31]Remaja ibarat benih yang tumbuh dan berpotensi untuk mekar mewarnai negara kita.

[6:39]Maka, persoalannya bagaimanakah remaja Madani mampu untuk mengukir ekonomi negara? Berbalik kepada soalan saudari, salah satu cara anak-anak muda kita untuk menjana pendapatan ialah e-sukan.

[6:53]Buktinya, pasukan Selangor Giants meraih kemenangan di pentas antarabangsa dengan wang tunai hadiah sebanyak USD 1 juta.

[7:05]Pasti penggemar e-sukan tidak asing lagi dengan nama Skyres, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi pemain paling bernilai dalam pasukan tersebut.

[7:17]Kita mahukan teras Madani memacu remaja Islam dan remaja bukan Islam untuk bersama berganding bahu melestarikan harmoni negara.

[7:27]Prinsip teras Madani khususnya kemampanan ekonomi menjadi panduan kepada generasi muda untuk meningkatkan kewangan negara.

[7:36]Ini terbukti bahawa usia bukan penghalang untuk kita meningkatkan kewangan negara.

[7:44]Saudara dan saudari, remaja ini walaupun kadang kala lebih rapat dengan telefon berbanding jiran sebelah tetapi mereka tetap kunci keharmonian.

[7:56]Sebab apa? Sebab merekalah generasi paling celik ekonomi. Kalau teknologi pun mereka boleh kuasai, apatah lagi nilai hormat menghormati. Saudari?

[8:07]Ya saudari. Saudari tahu tak bahawa dunia teknologi berubah pantas ibarat sekali air bah, sekali pandai berubah.

[8:17]Oleh itu, remaja harus tangkas menyesuaikan diri dalam industri seni digital.

[8:23]Lihatlah animasi Upin Ipin dan Omar Hana yang bukan sahaja menawan hati rakyat Malaysia, malahan menembusi pasaran global melalui Adi Sora yang menjadikannya lebih terkenal.

[8:36]Animasi ini memperkenalkan kepada dunia luar tentang kesenian dan kebudayaan di Malaysia. Justeru remaja perlu bergiat aktif dalam era digital.

[8:46]Di samping itu, selari dengan usaha kerajaan mengurangkan kebergantungan produk luar, anak muda wajar diberi ruang untuk memajukan produk tempatan ke peringkat global.

[9:00]Perkara ini dibuktikan dengan seorang remaja berusia 15 tahun bernama Munasyah Munawwar yang mengasaskan syarikat Bio Medical Malaysia dengan izin Saudari Pengerusi.

[9:10]Beliau menjana RM 1 juta melalui produk makanan haiwan menjelang usia 19 tahun.

[9:17]Para hadirin sekalian, remaja ini jika diberi ruang dan platform yang sesuai, mereka bukan sekadar mencipta arus bahkan membawa impak besar kepada dunia teknologi. Saya serahkan kembali kepada saudari.

[9:30]Terima kasih Saudari atas perkongsian kehebatan anak watan kita membina empayar kerjaya dan ekonomi seawal usia remaja. Baiklah, kita tukar kepada haluan kemasyarakatan.

[9:44]Kata orang, gejala sosial ini seperti penyakit berjangkit. Maka pada hemat saudari, apakah ada vaksin yang sesuai untuk disuntik ke dalam jiwa remaja bagi mengawal penularannya? Dipersilakan saudari.

[9:58]Terima kasih Saudari Pengerusi. Amboi-amboi, macam soalan bidang perubatan pula.

[10:05]Hadirin sekalian, membicarakan bicara sosial tidak dihirafikan. Ia kian meruncing jika tidak dibendung retaklah harmoni, malaplah semua mangsa.

[10:15]Sayang seribu kali sayang, remaja Madani yang berpotensi tersiar menjadi perundusan yang tidak mampu berjasa. Justeru saya menyarankan remaja Madani mengikuti kegiatan berfaedah bersama persatuan belia.

[10:30]Kerana ia medan membentuk sifat mahmudah dan kemahiran insaniah. Di seluruh negara, ribuan pertubuhan belia menanti yang bertemakan kebajikan, kerohanian, sukan dan kesukarelawanan.

[10:43]Contohnya, Belia 4B, Rakan Muda dan Pembina. Malah ada juga kolaborasi bersama sekolah seperti Anugerah Perdana Reman, Anugerah Perdana Remaja Perdana dan rakan remaja Yadim. Ayuh remaja, masuklah gelanggang ukir legasi gemilang.

[10:59]Firasah saya, jika remaja Madani dengan iltizam membina karamah insaniah seperti kesungguhan mereka mencari pengikut di bidang sosial, pasti impian membina masyarakat harmoni bukan sekadar retorik tapi sebuah realiti yang pasti.

[11:14]Merujuk perangkaan pada tahun 2020 terdapat seramai 4833 remaja ditahan kerana jenayah mencuri, pecah rumah dan mencederakan orang lain.

[11:25]Tambahan pula 285 remaja ditahan kerana kegiatan samseng. Ayuh remaja, carilah peluang untuk hidup berjaya.

[11:36]Janganlah cari peluang untuk masuk kelokap. Maka setiap individu terutama remaja perlulah memelihara diri daripada kelakuan yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.

[11:44]Selaras firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud dan belanjakanlah apa yang ada kerana agama Allah dan jangan sengaja mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.

[11:57]Dan perbaikilah buatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang berusaha memperbaiki amalannya. Semoga terjemahan ayat ini menjadi pedoman kepada kita semua. Sekian, terima kasih.

[12:08]Terima kasih saudari kerana menyedarkan tentang kepentingan menjadikan remaja laksana benih yang baik.

[12:15]Jatuh ke laut cari pulau, jatuh ke darat jadi gunung. Saudara dan saudari, persoalan sejauh mana remaja Madani berani bersuara dan apakah rasionalnya pandangan mereka. Saya membuka soalan ini dan menjemput mana-mana ahli panel untuk menyinari perbincangan.

[12:35]Saudari Pengerusi, izinkan saya menyambut persoalan tersebut.

[12:40]Silakan. Sidang hadirin, kebebasan bersuara adalah permata dan nadi Abadan Demokrasi. Kini, ia tikah remaja laksana pendekar Nista melalui media sosial seperti TikTok, suara mereka mampu mencetus pelbagai perubahan.

[12:58]Jika di salami bijaksana dan semangat wirabangsa, Saudara dan saudari, kebebasan ini dijamin di bawah perkara 10 kurungan satu dalam perlembagaan Persekutuan.

[13:12]Namun wujudkan sempadan yang mengawal isu sensitif termasuk dalam perkara 10 kurungan dua yang berkait dengan keselamatan negara dan ketenteraman awam yang berisiko mencetuskan rusuhan atau penyebaran berita palsu yang boleh menimbulkan panik.

[13:32]Di sini saya terpanggil untuk mengingatkan kita semua agar mengamalkan konsep tabayyun iaitu menyaring setiap maklumat yang sampai dengan teliti.

[13:43]Ini selaras dengan surah Al-Hujurat ayat 6 yang memperingatkan kita akan musibah dan penyesalan jika menerima berita dari super fasik tanpa usul periksa.

[13:54]Hati-hati saudara, ingat pesan Kementerian Penerangan, tak pasti, jangan kongsi.

[14:05]Ayuh remaja Madani bangkit bersuara, seiring santun dia bijaksana. Kita bincang isu seperti pendidikan, kenegaraan, kerjaya dan budaya dengan nada membina, bukan membinasa.

[14:21]Andai kita berkhidmat, kitalah arkitek peradaban, penyulap harmoni bangsa dan pemacu negara.

[14:29]Dalam Islam, suara remaja diraikan selagi mana digunakan demi kebaikan. Dia sahaja contoh teladan dalam sirah tadi Saudari Pengerusi.

[14:41]Andai kita menjejak mereka, itulah pemimpin muda Islam dan bangsa yang cakap serupa fikir. Seiring dengan ilmu dan nilai yang ada, kita bina Malaysia yang Madani.

[14:54]Setakat ini saja perkongsian saya. Sekian, terima kasih.

[14:58]Terima kasih Saudara Irfan kerana membuka minda remaja dengan panduan etika bersuara demi keharmonian negara. Saudari Khairina, sejak semalam soalan ini diperam di dalam kepala saya.

[15:13]Sebelum ia menjadi basi, saya hidangkan sekarang ya. Sejauh mana saudari melihat kemampuan remaja Madani memperkukuh perpaduan bangsa? Dipersilakan saudari.

[15:24]Terima kasih Saudari Pengerusi. Hadirin sekalian, perpaduan ialah nadi keharmonian selaras dengan teras Madani yang pragmatik iaitu nilai hormat menghormati.

[15:35]Dari perbezaan yang diraikan, mekarlah bunga perpaduan. Tanpa perpaduan, negara kita ibarat wau yang cantik tapi talinya putus, melayang terbang tapi akhirnya rebah.

[15:48]Begitulah situasi jika pergeseran kaum dan agama tidak diurus dengan hikmah. Ayuh kita renungkan firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat ke-13.

[15:56]Yang bermaksud, wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali.

[16:09]Hadirin budiman, skor Indeks Perpaduan Nasional pada tahun 2020 direkodkan sebanyak 0.629 meningkat berbanding 0.567 pada tahun 2018.

[16:21]Namun cabaran masih wujud apabila 82 insiden perkauman direkodkan. Ia merupakan jumlah tertinggi sejak 2015.

[16:32]Saudara dan saudari, kita harus optimis bahawa perpaduan negara masih bernyawa. Contohnya Saudari Pengerusi masih ingat peristiwa banjir besar di Taman Sri Muda Shah Alam?

[16:43]Sekitar Disember 2021 ya?

[16:46]Benar saudari. Ketika itu, akhbar Harian Metro melaporkan bahawa terdapat pelajar Melayu dan Cina dari sekolah agama dan swasta berganding bahu untuk membersihkan rumah seorang wanita India yang lumpuh.

[16:59]Remaja Madani ini seperti inilah menjadi nakoda perpaduan, menyulam harmoni bangsa.

[17:05]Hadirin sekalian, kita tidak ketandusan dengan program mendidik remaja berjiwa perpaduan. Contohnya, Karnival Perpaduan Sekolah, rancangan integrasi murid untuk perpaduan dan rukun tetangga remaja.

[17:19]Inilah medan mengukuh akrab bangsa. Kata orang, bersatu teguh, bercerai kahwin lagi? Bukan.

[17:26]Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Biarpun ada yang skeptikal, konon perpaduan sekadar agenda program, namun bagi mereka yang berjiwa besar, cerminan hikmah ini dijadikan amalan.

[17:38]Moga lahir remaja Madani membina perpaduan, menjadi tunjang masyarakat harmoni. Sekian, terima kasih.

[17:45]Terima kasih saudari Khairina. Nampaknya, warga dewasa haruskan jika asyik membicarakan. Sedangkan remaja Madani sudah mula tunjuk teladan.

[17:57]Baiklah, kita ke persoalan yang terakhir iaitu bagaimanakah bagaimanakah remaja Madani dapat memperkukuhkan kemahiran dan daya keusahawanan?

[18:07]Izinkan saya menyambut persoalan tersebut dengan hujah yang saya kira wajar dikongsikan bersama hadirin sekalian.

[18:16]Sidang hadirin, duit tidak boleh beli kebahagiaan tetapi kalau tiada duit, maka tiadalah bahagia sampai ke tua.

[18:41]Bicara soal ekonomi, jangan risau. Saya tidak meminta anda untuk membayar cukai pun. Berbalik kepada soalan. Generasi muda haruslah mempelajari ilmu kepimpinan kerana terdapat banyak faedah yang dapat dilakukan.

[19:00]Perkara ini dikatakan demikian kerana remaja harus mempelajari ilmu kepimpinan melalui keusahawanan. Perkara ini dibuktikan dengan terdapat dua koperasi sekolah yang menjana melebihi RM 2 juta.

[19:05]Salah satunya ialah Kolej Vokasional Tanah Merah yang menjana lebih daripada 2 juta pada tahun kewangan 2024. Manakala Sekolah Menengah Kota Kemuning Shah Alam telah menjana RM 2 juta dengan perolehan sebanyak RM 2.15 juta pada tahun 2024. Sidang hadirin, perkara ini membuktikan bahawa melalui keusahawanan sangat berkesan untuk membentuk masyarakat harmoni.

[19:51]Sekian, terima kasih. Terima kasih Saudari. Seterusnya dijemput panel kedua.

[19:57]Izinkan saya menyambut soalan tersebut.

[20:00]Jarum berputar tiada hentinya. Begitulah usaha kita dalam institusi sosial.

[20:06]Hadirin sekalian, generasi muda harus mempelajari ilmu kepimpinan untuk membentuk masyarakat harmoni melalui nilai kemasyarakatan.

[20:17]Sebagai contoh, pengpengaruh perlulah perlulah menggunakan media sosial untuk menceritakan pengalaman dan kempen.

[20:25]Sebagai contoh Aina Suzanna menggunakan media sosial Instagram untuk menyebarluaskan tentang kempen iaitu Make a school safer place dengan izin saudari pengerusi.

[20:40]Dengan menggunakan kempen tersebut dapat mengeratkan hubungan masyarakat berbeza kaum dan agama untuk membentuk masyarakat harmoni.

[20:49]Itulah dengan ini terbukti generasi Madani harus pembelajaran ilmu kepimpinan. Terima kasih.

[20:55]Terima kasih saudari. Dan seterusnya kita menjemput yang terakhir.

[21:00]Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Terima kasih atas persoalan tersebut.

[21:06]Saya berpandangan generasi muda dapat menguasai ilmu kepimpinan dari nilai kepimpinan itu sendiri iaitu sebagai contoh melalui pelaksanaan pilihan raya kampus yang diadakan di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

[21:34]Perkara ini dikatakan demikian kerana pilihan raya kampus telah mendedahkan dan mendidik remaja dengan nilai-nilai dan teras Madani iaitu keyakinan, kesejahteraan, kepimpinan dan bertanggungjawab.

[21:57]Ini membuktikan bahawa ilmu kepimpinan dapat membantu remaja untuk menguasai generasi muda dan membantu masyarakat harmoni dan maju jaya.

[22:06]Sekian daripada saya. Terima kasih dan terima kasih kepada semua ahli panel kita. Tuntasnya, remaja yang berilmu dan berdaya saing mampu menjadi pemimpin pada masa yang akan datang. Sekian wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Need another transcript?

Paste any YouTube URL to get a clean transcript in seconds.

Get a Transcript