[0:01]Cikgu. Iman. Weh jauh saya jalan kaki cikgu, cari cikgu kat sini. Ha saya ni nak tenang-tenang, nak set up soalan untuk student kursus falsafah isu semasa ni. Oh cikgu, kebetulan dah cikgu cerita pasal FIS ni nak tanyalah cikgu berkenaan dengan satu topik a dekolonisasi cikgu. Minggu depan ada sesi perbincangan saya. Nak minta tolong cikgu lah kalau cikgu bolehlah bagi sedikit input pada saya. Insya-Allah Man. Kesungguhan awak tu sebabkan saya layan. Jadi dalam dekolonisasi ni kira kalau awak dah lalui kursus falsafah isu semasa ni, ni kira dah bab-bab hujung dah ni. Ha, dah kira bab yang second last dah. Jadi dalam dekolonisasi untuk awak faham, awak sepatutnya kena tahu dulu apa hasil dia yang benda yang awak belajar ni? Awak awak dapat apa bila awak tahu tentang maklumat tentang dekolonisasi? Pertama, bila awak tahu tentang dekolonisasi, awak akan dapat menjelaskan apakah definisi, konsep, dan sejarah kemunculan serta perkembangan dekolonisasi. Kemudian awak dapat huraikan apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan dekolonisasi ini muncul dan berkembang. Dan yang ketiga, awak sepatutnya juga dapat menjelaskan impak. Impak dekolonisasi ni dalam pelbagai bidang. Contoh, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainyalah. Dan seharusnya juga awak mesti menyasarkan bahawa bila awak dah belajar tentang dekolonisasi, awak sepatutnya dapat menghubungkaitkan antara dekolonisasi dengan bidang pengajian pelajar. Contoh, awak ambil pengkhususan engineering, awak ambil pengkhususan social science dan sebagainya, mereka dapat mengkaitkan apakah hubung kait antara dekolonisasi dengan ilmu yang awak belajar. Okey. Jadi kolonisasi ni pertamanya definisi. Sebelum nak tahu apa itu dekolonisasi, awak kena tahu dulu kolonisasi tu apa? Kolonisasi ni secara mudah kata dia maksudnya proses. Kalau kolonisasi maksudnya proses ataupun keadaan di mana sistem kuasa berpusat mendominasi tanah jajahan baru yang berada di kawasan yang sekitar. Jadi keadaan proses kolonisasi menyebabkan subjek dominasi tu tertakluk kepada kuasa yang menjajah. Contoh, dijajah di aspek fizikal, material, sosioekonomi dan sebagainya. Maka dekolonisasi lawannya. Dekolonisasi berkait dengan membawa masuk, bagaimana proses pembebasan daripada cengkaman kuasa penjajah daripada sudut fizikal, material, politik, ekonomi dan sebagainya. Dan kalau kita ambil definisi ni banyak lagilah, tapi kalau nak tengok perbahasan berkaitan dengan dekolonisasi ini awak boleh baca antaranya adalah empat sarjana ini. Kena rujuk pada Google zaman sekarang ni. Albert Memmi, Hourani, Said Husein Alatas, ini pakar kita dah ni. Ali Syariati dan Edward Said. Edward Said. Yang mana dalam awak belajar ni awak dapat tahu tentang sejarah kemunculan dan perkembangan dekolonisasi. Dekolonisasi ni dia muncul istilah ni kira dah kurun ke-19 dah, dah lambat dah, bila mana seorang wartawan Perancis yang menentang penjajahan Perancis ke atas Algeria, ini dia punya sejarah awal kemunculan dekolonisasi. Kemudian lepas Perang Dunia yang kedua, wujudlah dekolonisasi ni kepada tiga gelombang. Tiga, kalau masuk quiz ni, terus present ni perbincangan awak nanti mesti faham tiga ni. Pertama, awak kena study tentang dekolonisasi dunia baru. New World Decolonization. Decolonization. Bermula di Amerika tahun 1976. Kemudian, yang kedua adalah dekolonisasi dunia lama, yang digelar sebagai Old World Colonization, yang tercetus waktu Perang Dunia Pertama pada 1914 sampai 1918 kan. Dan kemudian yang ketiga adalah dekolonisasi dunia ketiga, Third World Decolonization. Third World ni pula dia ada empat fasa. Ini saya terang juga ni sebab ini bahagian penting. Pertama, empat fasanya yang pertama adalah fasa kemerdekaan tanah jajahan British. Ini lepas Perang Dunia Kedua ni. India, Pakistan, Sri Lanka, Burma, Filipina. Kemudian fasa kedua adalah awal 1950-an dan berakhir tahun 60-an. Contoh jajahan Eropah di Asia yang dah tamat, contoh Afrika Utara dan juga sebahagian besar di bahagian Caribbean. Dekad 1970-an jatuh kuasa kolonial Portugal pula di Afrika dan di Timur-Timur. Kemudian fasa keempat adalah saya kata sebagai kejatuhan blok komunis. Kesatuan Soviet tahun 1990 sampailah munculnya New World Order. Maka bila dah tahu perkembangan tu Man, awak kena tahu apa faktor. Saya bagi ringkas. Apa faktor-faktor kemunculan dekolonisasi? Antara faktornya adalah Perang Dunia Kedua peringkat global. Antara empayar dan kuasa-kuasa besar British yang menyebabkan tercetusnya dekolonisasi. Bila kuasa penjajah Eropah ni tewas, British, Perancis semua jadi dia tak ada lagi kekayaan nak membiayai ekonomi dan politik di tanah jajahan dia. Kedua, bila mana Amerika dan Soviet Union, kuasa-kuasa besar baru lepas Perang Dunia Kedua dia menentang idea colonialism. Dan peringkat lokal, kalau kita lihat adanya mobilisasi gerakan pembebasan dan kemerdekaan yang muncul. Di wilayah jajahan kuasa besar yang orang dah tak boleh bendung dah. Ha, orang nak merdeka dah. Ini faktor dia. Maka apakah kesannya? Kesannya adalah membawa perubahan besar dalam beberapa aspek. Contoh, pertama adalah dari segi sistem politik dan ekonomi.
[7:25]Kemudian sistem sosial telah mengalami perubahan, sistem pendidikan juga telah mengalami perubahan. Dan juga yang utama juga adalah berlakunya dekolonisasi dari segi pemikiran dan juga intelektual. Ha, ini penting Man. Maka bila kita belajar topik ini, umumnya dia akan melahirkan sepatutnya melahirkan student yang ada asas pemikiran falsafah yang tepat melalui analisis pensejarahan yang kritis. So kita akan ada jati diri sepatutnya. Dan lagi satu dekolonisasi ni kalau tanya saya, cikgu satu benda yang saya nak tahu cikgu. Saya akan cerita dekolonisasi ni sepatutnya menyumbang kepada semangat patriotism.
[8:14]Kita sayang kepada negara. Kita sayang kepada rumah kita ni. Yang tu dulu Man. Saya ucapkan good luck untuk awak punya presentation. Pelajar-pelajar yang lain good luck juga untuk awak punya test dan juga final exam. Ingat score MU. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baik.



