[0:00]Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pengerusi majlis, panel kehakiman seterusnya saudara dan saudari. Cerminan akhlak Jeni adalah ibu bapa. Historiografi Islam Ibnu Khaldun pernah mengulas panjang mengenang akan nasib umatnya dalam karyanya Mukadimah. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana yang kasar dan ringkas akan tumbuh menjadi jiwa yang keras dan kurang kasih sayang. Apabila disebut tentang generasi Z, maka terbayang nilai arah fikiran kita. Anak muda yang tumbuh diladang digital, menatal skrin menyala sabar waktu, hidup dalam jaringan sosial tanpa batas. Namun dalam kegairahan meniti awan kemajuan, jangan sampai kita terlupa akan karya yang mencengkam bumi. Generasi Z bukanlah makhluk asing yang muncul tanpa akar. Mereka tumbuh dari rahim sebuah keluarga dan dibentuk oleh tangan-tangan bernama ibu bapa. Pada tahun 2022, UNICEF Malaysia melaporkan bahawa satu daripada tiga remaja di negara ini bergelut dengan tekanan emosi. Kesihatan mental yang terganggu dan hilang harga diri lantas kita pun bertanya mengapakah generasi muda seakan hilang nilainya dan longpong akhlaknya? Bagai layang-layang terputus talinya. Jawabannya bermula dari rumah. Saudara dan saudari, pertama, apabila kita menelusuri wajah-wajah generasi muda, ada yang berdiri megah dengan sopan santun di jiwa. Berkata dengan lunak bahasa, melangkah dengan akhlak terjaga. Namun tidak kurang juga yang tenggelam dalam gejala sosial bagi ayam kehilangan ibu. Melata tanpa tujuan dihanyut badai dunia. Maka persoalan besar pun timbul, bagaimanakah acuan rumah tangga yang membentuk mereka? Anak kecil tidak dilahirkan dengan nilai. Mereka meneladan sebelum memahami, meniru sebelum mengerti. Jika si ayah memaki hamun di jalan raya dan si ibu memukul tangan lebih cepat dari kata. Mana mungkin anak itu membesar tasbih bergaung menjadi insan yang lemah lembut dan berbudaya masa. Benarlah kata Pujangga anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencoraknya. Sebagai tamsil dalam satu kajian oleh Institut Kajian Sosial Malaysia pada tahun 2021 seramai 76% remaja yang terlibat dalam salah laku disiplin dilaporkan berasal daripada latar belakang keluarga yang kurang perhatian dan komunikasi yang sihat. Ini jelas menunjukkan betapa kegagalan institusi kekeluargaan khususnya peranan ibu bapa menyumbang secara langsung kepada keruntuhan akhlak anak-anak. Saudara dan saudari, kedua, kaya asuhan ibu bapa. Menurut ilmu psikologi perkembangan, gaya asuhan ibu bapa terbahagi kepada empat. Pertama, autoritarian, kedua, permisif, ketiga, tidak peduli dan keempat, autoritatif. Kajian oleh Universiti Bangsaan Malaysia mendapati bahawa gaya asuhan autoritatif yakni tegas tetapi berempati paling berkesan melahirkan anak-anak yang berakhlak tinggi. Namun, apa yang berlaku hari ini adalah keterbalikan. Kita lihat segelintir ibu bapa bersikap terlalu permisif membiarkan anak-anak menentukan segalanya tanpa sebatas nilai. Diberi cap sebelum diberi adat, dibekalkan ilmu sebelum ditunjangi akhlak. Lebih parah bila rumah tidak lagi menjadi madrasah, ayah tidak lagi menjadi imam dalam adab dan ibu tidak lagi menjadi guru dalam pekerti. Maka anak-anak pun tanpa buta mencari arah menjadikan media sosial sebagai tempat menuntut nilai. Saudara dan saudari, ketiga dalam dunia digital, ibu bapa harus celik dan cakna. Generasi Z bukan membesar dengan permainan gasing dan congkak. Mereka lahir dalam dunia skrin, notifikasi dan algoritma. Maka ibu bapa tidak boleh hanya sekadar menjadi penonton di tepi gelanggang. Mereka perlu celik teknologi cekap psikologi dan cakna emosi. Kerana teknologi tanpa panduan itu ibarat pedang tanpa sarung tajam dan membunuh. Namun, ya kalau dah namanya manusia, hewa anak saja dipandang enteng. Ini kan pula di alam maya semata, tahukah anda survei siber sekuriti Malaysia 2023 menunjukkan bahawa 60% remaja mengaku terdedah kepada kandungan tidak bermoral seawal usia 12 tahun. Tanpa pengetahuan ibu bapa. Dalam dunia yang lingat berpusar di mana teknologi dijunjung bagai mahkota dan budaya asing bertandang tanpa dijemput, ibu bapalah yang harus berdiri sebagai benteng. Menjadi tiang seri kepada rumah nilai yang kian goyah dilamun arus zaman. Ibu bapa harus mencari navigator membantu anak-anak mereka merentas lautan maklumat dengan akhlak sebagai kompas. Saudara dan saudari, akhir kata, sebelum kita sewena-wenangnya menyalahkan generasi Z atas keterlanjaran mereka, kita seolah dahulu tak berkeluarga. Sesungguhnya cerminan akhlak generasi ini terpahat pada wajah dan tindakan ibu bapa mereka. Jika pekerti mereka terabai, janganlah segera menuding jari ke arah sekolah, masyarakat mahupun teknologi. Sebaliknya tataplah ke dalam cermin nurani kerana di situlah wajah sebenar didikan bermula. Bahkan kata peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang. Maka sebagai ibu dan bapa, usah cepat lepas tangan. Tanggungjawab mendidik ini bukan sekadar warisan tetapi amanah yang perlu dipikul dengan jiwa yang luhur. Ingatlah anak-anak itu bukan hanya sekadar membawa nama kita tetapi membawa maruah bangsa. Jika ingin melihat masa depan, lihatlah siapa yang kita didik hari ini. Sekian, Assalamualaikum.

Aisyah Mardhiah : Cerminan Akhlak Generasi Z Adalah Ibu Bapa
Aisyah Mardhiah
6m 56s729 words~4 min read
Auto-Generated
Watch on YouTube
Share
MORE TRANSCRIPTS


