[0:00]Okey. Bismillahi rahmanirahim. Assalamualaikum Puan Rosnor. kami dari Management Science University. Saya Wan Eisyah Safiyah and kawan saya. Din Muhammad. Okey, hari ini kita akan interview tentang underprivileged schools yang mana katanya sekolah-sekolah yang tak menerima support yang optimum macam tu. Contohnya kalau ada sekolah cluster ke, dia mungkin parent support dia lebih strong, dia punya utilities dekat sekolah tu lebih sempurna. Cuma kami dapat tahu yang SMK Subang, which is an old school, tak menerima dan tak tak ada support yang sebegitu rupa. So sebelum tu soalan pertama yang saya akan tanyakan, boleh Puan Rosnor ceritakan background sikit tentang SMK Subang dah ditubuhkan pada tahun bila, dah berapa lama? Alright, jawab salam dulu. Waalaikumussalam Isyah sayang. Okey untuk sekolah SMK Subang ni dah lamalah kira sekolah macam Isyah cakap tadi. Dia daripada 1997 lagi. Dan waktu tu pun bukan berada di Kampung Melayu Subang, berada di ber dia menumpang dekat SMK SS 17 daripada 1997. Oh. Sampailah 1998, sampai 1999 barulah dia bertempat di SMK Subang. Tapi sebelum tu pun masa 1997 bukan dikenali sebagai SMK Subang, SMK Bukit Cerakah. Bukit Cerakah. Okey pada tahun 1999 tu barulah dikenali sebagai SMK Subang. Hm. Sebab Bukit Cerakah ya dekat-dekat Bukit Cerakah. Ya. Sekarang ni student bilangan dia hampir 2700 lah. Oh ramai. Ramai. Untuk sekolah yang kecil. Bilangan guru sepatutnya 160 orang tapi sekarang ni hanya ada 157. So lebih kurang tujuh oranglah kekurangan guru. Hm. Tu je lah kut setakat ni pasal sekolah okey. So bonda berada dekat sini dah 12 tahun. Lebih 12 tahun lama tu, right? Kan? Maksudnya kita interview orang yang sesuaillah ni nak tengok progress daripada dulu sampai sekarang ni perbezaan dia tu. Okey seterusnya. Okey SMK Subang ni apa yang boleh dikaitkan dengan lack of parental support sebab kita dapat tahu yang SMK Subang ni dia berbeza sikit. Contohnya kalau kita bezakan dengan sekolah yang dekat bandar, Bukit Jelutong ke, SMK Shah Alam ke, SMK Subang ni dia berbeza sikit. So apa yang bonda Rosnor boleh kaitkan dengan parental support yang maybe kurang dekat SMK Subang ni haah.
[3:10]Ya, tapi nak attach beberapa isu saja especially pasal kehadiranlah terutamanya. Okey sekarang ni tengah musim exam. So kalau kita tengok walaupun musim exam sekalipun ada juga murid yang tidak hadir. Dan bila kita tanya kenapa tidak hadir, majoritinya akan cakap oh tidur lambat, tidur lambat lepas tu bangun lambat, bila bangun lambat tak nak datang sekolah dah. Kata mak dengan ayah ada kejut tak? Ada yang kejut, ada yang tak. So kat situ kita dah tahu dah yang mana parent tak kejut tu maksudnya moral support daripada parent tu sangatlah kuranglah. Hm. And then kalau yang lama tak hadir pun jarang nak jumpa parent datang sekolah maklumkan kepada pihak sekolah anak dia tak hadir sekian sekian sekian. Tak ada biasanya pihak sekolah yang akan call parent dulu barulah parent ada yang memang bagi kerjasama ada yang tak. Hm. Itu pasal kehadiranlah. And yang kedua, hmm pasal akademik jugalah. Hm. kalau kita tengok yang belah-belah bandar mungkin kebanyakannya bukan pembelajaran anak-anak bukan sekadar di sekolah. Dia orang akan juga sediakan tuition ataupun ambil maklum kalau dari segi kewangan memanglah perlu kalau nak hantar anak ke tuition kan. Hm. Betul tapi at least kalau tak hantar anak ke tuition, at least bertanya tahap penguasaan anak-anak tu macam mana. Hm. So kiranya parental support yang dekat SMK Subang ni dia ada yang mungkin parent yang take it very seriously tentang pendidikan anak dan mungkin relate dia sebab dekat kawasan kampung ni selalunya habis sekolah dia tak sambung belajar. Dia orang dah macam issues ni dia kurang sikit dekat situ.
[5:10]Seterusnya, mungkin parents dekat Kampung Melayu Subang ni dia tak supportive in academic sebab kebanyakannya orang-orang kampung ni dia habis sekolah dia terus kerja dan mungkin mindset keluarga yang macam tu masih ada. Dan mungkin sambung belajar tu is not a necessity for them. So mungkin itu salah satu faktor kenapa kalau tak datang sekolah ke apa ke mungkin parent tu rasa macam tak mengimpakkan sangat dia punya future. Betul. Okey seterusnya, bonda rasa relate soalan ni tadi dengan soalan sebelum ni lebih kurang macam academic performance untuk students yang lack of parental support. Mungkin dia nak pergi sekolah tapi parental support yang dia dia dapat dekat rumah tu tak tak memadai. Contohnya mungkin dia nak belajar betul-betul tapi parent support dia macam kalau kau nak beli buku kau beli buku sendiri dia kena kerja cari duit semua. So bonda rasa macam tu mungkin adakah dia punya coloration dengan student punya akademik dengan lack of parental support ni. Ada.
[6:26]Sebab kalau yang volunteer untuk tolong parent, benda tu takkan jadi isu. So dia ada isu bila dia tak nak sebab kebanyakannya ada juga student kat sini yang parent dia berniaga tu, ada yang dekat, ada yang jauh. So bila jauh lepas balik sekolah dia terus kena tolong parents sampai malam so balik penat so takde masa untuk study. Betul tu dia ada jugalah penyebab dia. And ada juga penyebab yang memang parent suruh jaga adik, memang dua-dua bekerja. So memang fokus untuk study tu memang tiada langsung. Tu lah penyebab juga. Tahap pencapaian akademik tu biasa. Hmm. Maksudnya dia nak belajar benda tu tapi tak tak sampai. Hmm, betul. Ada makna dialah sebab bila dah penat tu lagi-lagi dalam usia remaja ni. Bila remaja tu penat dia jadi tak boleh fokus apa benda yang dia nak. Selalu remaja ni kan dia akan fokus apa yang dia nak tu dia akan fokus yang itu sahaja. So bila dah bercar-kacir tu dia jadi effect dekat akademik dia. Hmm, seterusnya soalan yang ke-4 saya akan serahkan dekat Deen. Deen akan sampaikan soalan seterusnya. Hai Cikgu. Hai. So I have three questions also. So pada pendapat cikgu, like apa faktor yang utama menyumbang kepada isu ini? Sebab that's the main reason of the interview. Kami nak tahu faktor utama yang menyumbang kepada this whole issue. So boleh cikgu ceritakan pasal tu? Faktor utama dia macam yang Isyah bagi tahu tadilah sebab bagi parent dia rasa anak dia dah cukup kerja biasa pun it's okay dah. Hmm. maksudnya dia tak pandang masa depan anak tu sebenarnya boleh pergi jauh lagi. Hmm.
[8:15]Okey. So next question is like strategi yang sekolah ambil untuk address isu ini. Sebab you know the school will definitely take an action by addressing the issue right? So what we do untuk you know like to get to know the issue and you know like to overcome it. Hmm, okey. macam start tahun 2000, selepas PKP lah kalau seingat bonda. Sekolah ada tubuhkan PIBG. Dia memang kerjasama antara sekolah dengan pihak ibu bapa. Kalau sebelum ni dia panggil PIBG sahaja tapi selepas PKP tu dia tubuhkan lagi satu di antara ibu bapa dan juga komuniti setempat. Oh.
[9:05]komuniti setempat ni termasuklah imam ke, jawatan kampung ke. So semua yang NGO NGO yang berdekatan dengan sekolah ni dilibatkan. Maksudnya sekiranya benda berlaku kes di SMK Subang ni bukan cikgu SMK Subang je yang ambil part. Maksudnya yang NGO NGO yang berdekatan dengan SMK Subang pun ambil part masing-masing. Saya sama-sama selesaikan.
[10:08]Oh. Okey. So the final question, sebab this is important for us sebab kita ni insyaAllah bakal jadi cikgu kami semua ni. InsyaAllah. So currently we are university students. So what can we do untuk support sekolah-sekolah yang, you know like under privilege. So that we can help as a university students untuk you know, make the school better. So what can we do from our side, teacher? Okey, pertama kena turun sekolah tu dulu sebab luaran dengan dalaman pandangan kita takkan sama. So once kita dah tahu, oh sekolah ni perlu ada something yang perlu kita buat. So kita kena turun dekat sekolah tu dulu. Maksud sebelum turun tu memang kita perlu kaji dululah. Ha. Jadi Isyah dengan Deen katalah SMK Subang macam ni. Oh so dah tahu dah lah. So kaji dulu yang pertama. Yang kedua kalau boleh buat program tu katakanlah kalau diberi peluang untuk buat program, buat program tu secara kelompok yang kecil je dulu tak perlu besar. Hmm. Sebab bila kita buat kelompok yang kecil ni impak dia lagi bagus sebenarnya. Sebab kita lebih mendekati budak-budak tu sendiri. Hmm betul, betul, betul. Mungkin sebelum buat program tu boleh buat poster ke hebahan dulu ke, oh siapa Isyah, siapa Deen yang sebenarnya kan.
[11:37]Haah sebab selalu kalau title pun dah nampak ceramah tu, dulu time kita sekolah pun memang kita dah rasa alah mengantuknya. Haah. So hebahan tu takdela menunjukkan oh kakak dengan abang datang ni nak bagi ceramah seperti ini. Oh tak. Kita bagi something yang berbezalah daripada yang lain tu. Sebab budak sekarang memang oh kalau dengar je kalau sebab tajuk sekarang pun kalau bonda buat program bonda tak kata oh ceramah program gini oh tak. Kita akan cari satu tajuk yang program apa eh program apa? Ha macam tu. Haah sebab selalu kalau title pun dah nampak ceramah tu, dulu time kita sekolah pun memang kita dah rasa alah mengantuknya. Haah.
[12:23]Okey secara kelompok maksudnya bukan satu kelompok yang kecil tu satu datang sekali tu je macam satu kelompok ni tentang pengurusan masa ke, satu kelompok ni pun tentang teknik belajar ke sebab setiap student tu dia tak sama cara penerimaan dia orang. Hmm betul. Ada student dia macam kena support tu kena deeper lagi dia rasa macam diri dia tak difahami kan yang macam bonda sebut parent suruh jaga adik semua tu ada je sebenarnya yang masa saya sekolah dulu pun ada ramai yang nak belajar tapi dia dia disekat dengan family problems dia. Hmm. Dia terikat sekali. So macam ceramah-ceramah macam tu mungkin boleh buka mata dia untuk bercakap dengan parent ke atau kita boleh apa salurkan bantuan daripada parent tu sendiri kita counselingkan satu keluarga tu ke untuk ubahkan nasib si pelajar ni betul. Betul. Okey, everyone say thank you to Bonda Rosnor. Thank you, Teacher. Thank you Bonda. Okey, thank you Bonda. Sama apa-apa Isyah bagi tahu Bonda ya. Terima kasih banyak-banyak. Sama PM je apa-apa okey. Alright. Thank you. Assalamualaikum.



