[0:03]Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang dihormati Tuan pemudah acara majlis, barisan hakim yang bijaksana dan berpaksi kepada ketulusan dan keadilan. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya Nur Salehah Husna binti Zaidul Kadri akan mempersembahkan sebuah cerita yang bertajuk, Rindu si anak piatu. Hujan turun seakan mengerti perasaan rindu yang tidak pernah berpenghujung. Rindu Nini kepada arwah mamanya membuatkan dia teringat kembali segala kenangan dan ingatan ketika mamanya masih ada. Mama pergi waktu umurnya ketika menginjak remaja. 14 tahun ketika dia baru mengerti alam remaja. Selang sehari selepas hal jadi Along, mamanya menghembuskan nafas terakhir di hadapan Nini. Semua ingatan dan kenangan bersama berlegar-legar dalam kepala, satu persatu keluar dari ingatan. Mama pergi belum lagi genap 40 tahun. Sebelum mama sakit, mama berniaga di tepi asrama Felda Taman Keramat. Membesar sebagai satu-satu anak perempuan membuatkan Nini sangat tahan lasak. Dia mempunyai seorang abang dan dua orang adik lelaki. Nini mempunyai rutin memarut dua biji kelapa dan menanak dua mangkuk beras untuk masak nasi goreng sebagai persediaan berniaga pada keesokan harinya. Pada setiap malam sebelum tidur, rutin itu perlu disiapkan olehnya. Tapi satu hari Nini berasa sangat malas. Nini melawan cakap mamanya untuk tidak melakukan kerja yang diberi itu. Nini membentak dan cuba merajuk untuk tidak melakukan kerana letih bersekolah dan bermain seharian. Kak Nga letihlah mak, mamalah yang buat. Tapi mamanya buat tidak endah dan tetap mengingatinya agar membuat kerja itu. Dalam keadaan terpaksa, Nini membelah dua biji kelapa dan mula memarut dengan menggunakan mesin parut kelapa. Dia mula memarut sambil mengomel tidak puas hati. Iih, penatnya. Ketika dia memarut, kelapa yang dipegangnya terlepas daripada tangan sehingga menyebabkan jari-jarinya terkena mesin parut sehingga menyebabkan buku lima jari jemarinya terluka dan berdarah. Aa, sakitnya. Dia mengaduh kesakitan. Nasiblah luka tidak teruk, dia mengadu pada mamanya. Apa lagi? Mamanya pun membuka jurus bebelan sambil menyapu minyak pada luka. Ha, itulah melawan lagi cakap mama. Buat kerja biarlah ikhlas, nanti mama sambung parut. Kata mama lagi. Nini minta maaf dan berjanji tidak berbuat lagi. Dia menyesal kerana melawan cakap mamanya. Setelah mamanya meninggal, hidupnya telah berubah secara keseluruhan. Segala pekerjaan rumah perlu diuruskan olehnya. Dia perlu mengasuh adik-adiknya, pergi ke pasar, menggosok baju, mengemas rumah, semuanya menjadi tanggungjawabnya. Kadangkala dia mengeluh sendiri. Kalaulah mama ada. Dia menangis sendiri. Syukurlah syukurlah babah Nini selalu membantunya. Walaupun babah penat bekerja, tanggungjawab membesarkan anak-anaknya digalas dengan sebaik mungkin. Kini, Nini digelar sebagai guru dan berjaya menggenggam segulung ijazah. Jerit perih yang dirasai ketika masih kecil dan remaja membuatkan Nini menjadi wanita yang hebat, cekal dan tabah. Nini berbangga kerana berjaya walaupun tiada mama di sisi. Kawan-kawan, asuhan dan didikan perlulah dimulai sejak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kawan-kawan, kita mestilah mendengar kata ibu bapa, gigih berusaha agar besar nanti menjadi orang yang berjaya dan berguna. Semoga cerita ini menjadi pengajaran dan pedoman buat kita semua. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa. Sayang menyayang sesama keluarga, semoga hidup disinari bahagia. Sekian, terima kasih.

JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 2 DAERAH KINTA SELATAN 2024
TV PSS SK SENTOSA
6m 50s494 words~3 min read
AI audio transcription
Transcript source
AI audio transcription
This transcript was generated from the video's audio because no usable YouTube caption track was available. The transcript below is server-rendered so it can be read, searched, cited, and shared without opening the original YouTube player.
Pull quotes
[0:03]Yang dihormati Tuan pemudah acara majlis, barisan hakim yang bijaksana dan berpaksi kepada ketulusan dan keadilan.
[0:03]Saya Nur Salehah Husna binti Zaidul Kadri akan mempersembahkan sebuah cerita yang bertajuk, Rindu si anak piatu.
[0:03]Rindu Nini kepada arwah mamanya membuatkan dia teringat kembali segala kenangan dan ingatan ketika mamanya masih ada.
[0:03]Selang sehari selepas hal jadi Along, mamanya menghembuskan nafas terakhir di hadapan Nini.
Use this transcript
Related transcript hubs
Watch on YouTube
Share
MORE TRANSCRIPTS


