[0:00]Alright, assalamualaikum. Kita akan huraikan ataupun kita akan rungkaikan dilema anda resume versus CV. Apa beza? So secara ringkas, by basic dia ada dua jenis resume iaitu functional resume dengan chronological resume. Functional resume inilah yang kita sebut sebagai resume, resume, resume dan chronological resume inilah yang kita sebut sebagai CV, CV, CV. CV ini dia curriculum v-i-t-a-e. Dia bukan curriculum vite, curriculum, curriculum vitae. So sebut betul-betul, jangan digelakkan oleh HR masa anda sebut benda tersebut. Alright. Functional ringkas untuk orang yang baru fresh grad, tak ada banyak pengalaman, tak ada banyak working experience. Dan dia highlight beberapa poin penting, pengalaman penting, achievement penting. Chronological resume ataupun CV ini, dia highlight very detail satu persatu pengalaman kerja. Pengalaman paling latest, reverse, reverse, reverse sampailah yang paling pertama sekali. Project anda terlibat projek, projek, projek. Memang akan jadi banyak. That's why akan jadi 5 pages, 6 pages. It's normal. Dan CV biasanya diminta untuk orang yang ada pengalaman. Kalau kita baru fresh, tak payah tulis CV. Nak tulis apa CV? Pengalaman pun tak ada lagi. Intern 6 bulan 8 bulan tak cukup. Resume is more than enough untuk orang fresh grad. Resume sekali lagi, kita balik pada resume hanya dua pages. Satu pages pun boleh. Tiga pages dah kira banyak. Sebab tu subjek nak letak berapa subjek? Kalau engineering belajar 160 subjek. Finance belajar 120 subjek. Takkanlah nak letak semua. Jahannam resume penuh dengan subjek. Hanya letak tiga ataupun lima yang paling penting yang berkait sahaja. Itulah resume. Highlight benda penting. Pencapaian ada banyak pencapaian, ada 10 pencapaian. Ada 10 jawatan 5 tahun aktif. Tak perlu letak 10-10. Letak 5, 6, 7 yang very, very related and very strong. Dia panggil sebagai highlight the main points. Itu resume. CV adalah untuk orang berpengalaman. Biasanya orang teknikal. Kenapa? Mereka terlibat dengan projek. 5 tahun, contoh, 2010 hingga 2015 company pertama. 2015 hingga 2020 company kedua. 2020 hingga 2025 company ketiga. So 15 tahun pengalaman. The first 5 years projek apa terlibat? Dua projek terlibat yang besar. Pindah company kedua, ada lima projek terlibat. Senaraikan lima projek terlibat. So CV memang obviously panjang. 6 pages normal. Dan biasanya CV ini memang kita request untuk minta CV. We specifically request for CV. Submit your CV. So anda fresh grad siapa yang di sini yang banyak tonton video ini biasanya fresh grad kut. So anda memang resume. Majoriti HR request resume. Dan saya tak nafikan ada juga HR yang confuse dua benda ini. Resume dengan CV. Apa pun hantar dahulu resume. Kalau dia kata nak CV, bawa CV. Don't worry. So kalau anda pergi career fair, nak bawa CV ke nak bawa resume? Obviously anda kena bawa resume. Kerana dekat career fair interview dia sangat ringkas. 5 minit, belah. 5 minit, belah. 5 minit belah. Kadang-kadang 2 minit je. Dia tengok anda sembang introduce yourself, belah. So nak highlight benda penting adalah resume. So contoh macam career fair, bawa resume. Jangan bawa CV. Alright.
Watch on YouTube
Share
MORE TRANSCRIPTS



