[0:02]Assalamualaikum cikgu. Salam Iman. Cikgu. Orang duk sibuk kata ideologi, ideologi cikgu. Dalam FIS cikgu, FIS falsafah dan isu semasa. Apa yang dimaksudkan dengan ideologi cikgu ya? Nak minta tolong cikgu. Iman, topik ideologi ni topik yang boleh dikatakan dia mungkin taklah berapa susah tetapi dia memerlukan kita faham. Kena faham falsafah dia. Jadi, kalau nak lihat kepada ideologi ni, Man, kena lihat bahawa tentang sejarah perkembangan ideologi moden dan pasca moden. Ha. Moden dan pasca moden. Sejarah perkembangan ideologi moden dan pasca moden ni, Man, dia sebenarnya merupakan satu lanjutan daripada pertentangan antara golongan cendekiawan yang nusri pandai ni dengan teologi Kristian pada era Renaissance. Dia orang ni fightlah. Yang mana gerakan ini melahirkan falsafah moden berasaskan kepada fahaman humanism. Ha. Jadi lepas dia berlakunya revolusi sains pada abad 17 tu, kemudian berlaku bermulalah proses sekularisasi yang mengakibatkan berlakunya pemisahan secara total dalam lampangan ilmu dan ilmu pengetahuan dan juga agama. Bila cakap tentang ideologi dan pasca modernism ni, Man, dua orang ni. Ha ini kena betul-betul faham, kena balik Google, Man, tentang dia orang sikit, cari sumber-sumber buku yang berautoriti. Contoh buku terbaru buku falsafah isu semasa diterbitkan oleh UM Press dan juga banyak lagilah penerbit mapin pun ada keluarkan. Awak kena lihat tentang tokoh proses sekularisasi. Tokoh proses sekularisasi ada dua orang, Man. Pertama namanya Rene Descartes. Dan juga seorang lagi bernama Francis Bacon. Yang mana bila awak belajar tentang dia orang ni, awak akan nampak bagaimana berlakunya per apa perkembangan dalam ideologi moden dan pasca moden. Hasil pembelajaran ni, Man, apa yang awak dapat belajar awak kena tahu apa yang awak dapat bila belajar tentang ideologi ni. Okey. Pertama dia dapat menjelaskan cabaran ideologi relativism pasca moden ataupun relativism pasca moden sebagai reaksi kepada kegagalan moderniti. Kemudian dia memperjelaskan perkembangan fenomena dan manifestasi relativism pasca moden. Nampak berat, Man, tapi awak kena study benda ni. Kemudian awak dapat menghuraikan pula apakah implikasi. Kesan realitivism pasca moden dalam menafikan kebenaran dan hakikat dalam kehidupan. Dan yang keempat saya kira hasil pembelajaran yang sepatutnya awak semua belajar yang belajar FIS untuk bab ideologi ni dapat adalah menganalisis jawapan agama dan tradisi terhadap cabaran realitivism pasca moden dalam kehidupan semasa. Okey. Apa itu ideologi moden? Mudahnya kita kata fahaman ni dia berkembang dalam beberapa bentuk. Ideologi moden ni. Pertama adalah moderniti. Modernism pemikiran dan juga modernisasi sebagai satu proses. Jadi tunjang utama tiga-tiga konsep saya sebut tadi. Apa dia? Modernity, modernism dan juga modernisasi. Tunjang dia adalah logik, rasional dan objektiviti yang berasaskan kepada data yang empirikal dengan adanya pancaindera dan pengalaman manusia. Ini sangat penting tahu faham. Okey. Kemudian kalau kita lihat juga dalam ideologi pasca moden pula. Oh saya lupa nak sebut penting ideologi moden ni awak boleh lihat kepada perkembangan pada zaman Enlightenment. Contoh awak study sikit tokoh falsafah barat era Enlightenment ni macam John Locke, David Hume, Immanuel Kant. Dan kemudian era ni pula dia boleh kita kata sebagai awallah permulaan abad moden. Bila masuk abad ke-20 ada pula seperti Russel, Carl Popper. Saya ingat sahabat saya Dr Faizah Kassim dan Dr Fatimi Hanafi dua orang ni kira rujukan saya lah untuk kursus ni yang selalu sebut nama-nama ni. Okey. Kemudian ideologi pasca moden.
[5:06]Pasca ideologi pasca moden ni dia adalah fahaman modernism bila dia mendapat tentangan daripada golongan pasca moden. Yang mempertikaikan konsep kebenaran mutlak berasaskan kepada logosentrism. Macam berat tu kan. Macam ni. Ideologi pasca moden ni adalah bila mana pemikiran moden yang menggerakkan modernisasi dan revolusi industri tadi telah menghilangkan hubungan antara manusia. Telah merendahkan martabat hubungan manusia tu serta nilai tradisi kemanusiaan. Sebab sebab kemodenan tadi. Jadi dalam ideologi pasca moden ni, dia kita golongannya golongan pasca moden ni, dia mengambil sikap yang pertentangan dengan sebahagian besar pemikiran-pemikiran moden. Contoh Karl Marx, Max Weber, Emil Durkheim. Jadi bila belajar tentang apa apa kita kata debatlah antara moden dan pasca moden ni, awak sepatutnya dapat tahu. Apa cara pemikiran pasca moden? Yang bila mana modernism ni ada kelemahan, maka pasca moden ni datang. Yang mana pasca moden ni datang dengan ciri pemikiran contohnya deconstructive. Jadi dia mencabar teori-teori moden dan ajaran agama. Dia mencabar macam tu pula. Relativism kebenaran yang bersifat relatif dan berasaskan kepada nilai, konteks, budaya dalam masyarakat. Pluralism, kepelbagaian yang perlu diraikan dan ditoleransikan. Dan dia kata juga pasca moden ni kata bahawa tiada kebenaran yang mutlak, bahawa adanya kesaksamaan perwakilan, tak ada pihak yang mendominasi dan sebagainya.
[7:33]Maka kita perlukan agama untuk sebagai jalan penyelesaian. Maka akhir kata, Man. Aliran pemikiran pasca moden ni, dia berakal umi daripada menentang golongan intelekt barat terhadap kepenguasaan gereja dan kelangsungan fahaman sekular. Jadi aliran pemikiran ini dia bertentangan juga dengan pemikiran moden daripada aspek epistemologinya dan aksiologi. Itu nanti study. Jadi mudah kata aliran pasca moden ni juga adalah satu ancaman sebenarnya kepada kesejahteraan peradaban manusia. Maka seperti saya kembali kepada kesimpulan tadi bahawa kita memerlukan agama dan kepercayaan. Man, balik study. Teruskan semangat untuk skor MPU. Kita jumpa lagi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bye.



