[0:00]Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hari ini Mak Dah nak bercerita, cerita bertajuk tentang kesaktian Raja Donan berdasarkan cerita Hikayat Raja Donan. Mak Dah cerita ya. Cerita bermula di negeri Gunung Mandi Angin. Rajanya bernama Raja Madong Bungsu. Setelah Permaisuri genap kehamilannya sembilan bulan, cahaya matanya seorang putera. Lalu dinamakanlah Raja Donan. Tapi kelahirannya sangat luar biasa. Jatuh ke tikar, tikar roboh. Jatuh ke lantai, lantai patah. Langsung jatuh, jatuh ke tanah. Jadi baginda Raja Madong Bungsu sangat pelik dengan kelahiran anak daranya yang sangat luar biasa. Pedang sebilah di tangan kanan, telur sebiji di tangan kiri, beduk selaras di bahu kanan. Hai nujum dan tujuh, apakah padahnya anak dende beta ini? Kelahirannya sangat luar biasa. Enam nujum mengatakan anak dende baginda Raja Donan akan membawa malang di negeri Gunung Mandi Angin. Jadi Padang Jarak, Padang Tokukur, pucuk nyior akan dijilat api. Nescaya Permaisuri akan diambil orang. Nujum ketujuh pula mengatakan Raja Donan sangat bertuah. Jika dibuang di negeri Gunung Mandi Angin ini akan dapat musibah. Akan dapat mala petaka. Jadi jangan dibuang ataupun dikeluarkan dari istana. Baginda pun berkata, Kalau begini lebih baik beta ikut pendapat enam nujum. Maka Raja Donan pun dibuanglah dari istana. Dihantar ke Pulau Sembilan. Yang menemaninya ialah Temenggung Bendahara dan Mak Inang Pengasuh. Dibekalkan baginda kepada mereka bertiga perahu sempung, pengayuhnya sompek. Belanga retak, periuk sempung, samir sekeping. Akhirnya Raja Donan pun besarlah di bawah asuhan Temenggung Bendahara dan Mak Inang Pengasuh. Besar siang, besar malam, besar bagai ditiup-tiup. Besar bagai dihembus-hembus. Pada satu malam, Raja Donan meraut buluh untuk buat seruling. Tiba-tiba dia terdengar bunyi meriam yang sangat kuat sebanyak tujuh kali. Boom, boom, boom, boom, boom, boom, boom. Maka Raja Donan pun berkata, Ayahanda dalam bahaya. Permaisuri akan diambil orang. Baiklah aku kembali semula ke negeri Gunung Mandi Angin untuk menyelamatkan bondaku. Dan masuk batas kilat, kesaktian yang ada. Raja Donan sampai ke istana. Dia pun mengetuk pintu memanggil bondanya. Wahai bondaku, bondaku si Permaisuri. Bukalah pintu, buka jendela, pasanglah lampu, pasang pelita. Permaisuri sangat gembira apabila Raja Donan kembali. Ketika Raja Donan kembali ke istananya. Ayahnya Raja Madong sedang bertarung dengan Raja Mambang tujuh beradik. Raja Madong Bungsu berjaya membunuh enam adik-beradik Raja Mambang. Tetapi baginda tewas di tangan Raja Mambang yang ketujuh yang gagah perkasa. Maka Raja Donan pun melihat ayahandanya sudah berjaya ditikam oleh Raja Mambang ketujuh. Maka Raja Donan pun datang dan bertarung dengan Raja Mambang yang ketujuh. Dengan tipu muslihat yang ada, konon-kononnya Permaisuri boleh diperisterikannya. Maka akhirnya Raja Mambang tewas di tangan Raja Donan. Apabila Raja Donan berjaya membunuh Raja Mambang yang ketujuh, maka dia pun bermohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ya Allah Ya Tuhanku, hidupkanlah kembali ayahandaku Raja Madong Bungsu. Berkat anak yang soleh, maka ayahandanya Raja Madong Bungsu pun hidup semula. Apabila dilihatnya ayahandanya sudah bangun dan hidup semula, Raja Donan kembali semula ke Pulau Sembilan. Ya kekanda, anakanda kita Raja Donan telah kembali ke istana. Dialah yang telah menyelamatkan kekanda. Dan anakanda kita Raja Donan berjaya membunuh Raja Mambang yang ketujuh. Wahai isteri yang tercinta Permaisuri. Sekarang juga kekanda akan pergi ke Pulau Sembilan. Kekanda ingin membawa kembali Raja Donan pulang ke istana. Maka Raja Madong Yang Bungsu pun pergilah ke Pulau Sembilan. Dalam perjalanan ke sana, baginda berjumpa dengan tiga orang pengayil. Pengayil yang di tengah bertanya dengan baginda, Tuan hamba datang ke sini apa gerangan? Saya sedang mencari anak saya, Raja Donan. Apa kaitan tuan dengan Raja Donan? Raja Donan adalah anak saya. Saya telah buangnya setelah lahir kerana percayakan pendapat enam nujum. Tapi nujum yang ketujuh mengatakan anak saya bertuah. Dia yang telah menyelamatkan saya dari serangan Raja Mambang. Yang ketujuh. Di sini tiada yang bernama Raja Donan. Kembalilah tuan hamba ke negeri Gunung Mandi Angin. Maka Raja Madong Bungsu kembali semula ke negeri Gunung Mandi Angin. Ya kekanda, pengayil itulah anak kita. Baginda sangat terkejut. Baginda sekali lagi belayar ke negeri Pulau Sembilan. Di sana baginda hanya berjumpa dengan tiga gabus yang ada di tepi buluh. Baginda membawa tiga gabus itu untuk dibawa pulang. Disuruhnya pengawal untuk membawa gabus tersebut. Gabus tersebut sangat berat. Pengawal tidak mampu untuk membawanya. Dibuangnya gabus tersebut. Gabus tersebut terus terbenam di dalam pasir. Terbenam dan terbenam, maka tidak dapatlah dibawa kembali ke istana tiga gabus tersebut. Wahai kekanda, gabus itulah anakanda kita. Yang di tengah ialah Raja Donan, di kiri Temenggung Bendahara, di kanan Mak Inang Pengasuh. Baginda sangat mengurap durja. Janganlah kekanda mengurap durja. Syukurlah kita mempunyai anak yang sangat berjasa. Dapat anak yang soleh. Baginda terus bersyukur. Dia berdoa kepada Allah semoga satu masa nanti anaknya yang sangat berjasa itu akan kembali ke istana menggantikan baginda sebagai Raja Gunung Mandi Angin. Maka di sini, ibu bapa hendaklah menjadi ibu bapa yang cemerlang dalam mendidik anak-anak. Anak-anak hendaklah menjadi anak-anak yang cemerlang mengasihi kedua ibu bapa. Sekian dulu cerita dari Mak Dah. Jumpa lagi.

SENI DALAM TALIAN : JOM BERCERITA #17 HIKAYAT RAJA DONAN
mysenibudaya JKKN
8m 11s801 words~5 min read
YouTube auto captions
Transcript source
YouTube auto captions
This transcript was extracted from YouTube's auto-generated caption track. The transcript below is server-rendered so it can be read, searched, cited, and shared without opening the original YouTube player.
Pull quotes
[0:00]Hari ini Mak Dah nak bercerita, cerita bertajuk tentang kesaktian Raja Donan berdasarkan cerita Hikayat Raja Donan.
[0:00]Setelah Permaisuri genap kehamilannya sembilan bulan, cahaya matanya seorang putera.
[0:00]Jadi baginda Raja Madong Bungsu sangat pelik dengan kelahiran anak daranya yang sangat luar biasa.
[0:00]Pedang sebilah di tangan kanan, telur sebiji di tangan kiri, beduk selaras di bahu kanan.
Use this transcript
Related transcript hubs
Watch on YouTube
Share
MORE TRANSCRIPTS


