Thumbnail for Falsafah Dan Isu Semasa : 1. Pengenalan by myislammedia

Falsafah Dan Isu Semasa : 1. Pengenalan

myislammedia

29m 33s2,868 words~15 min read
YouTube auto captions
Transcript source

YouTube auto captions

This transcript was extracted from YouTube's auto-generated caption track. The transcript below is server-rendered so it can be read, searched, cited, and shared without opening the original YouTube player.

Timestamped outline
Pull quotes
[0:04]Hari ini kembali lagi dengan Nufa dalam kuliah pertama iaitu kuliah pengenalan kepada falsafah.
[0:04]Sebelum kita tahu apa itu falsafah adalah lebih amat menarik kalau kita tahu apa sebenarnya dimaksudkan dengan falsafah.
[0:04]Hari ini Nufah jemput tetamu yang istimewa iaitu Prof Hazim Shah daripada Universiti Utara Malaysia.
[0:04]Prof, boleh tak Prof terangkan kepada Nufah apakah yang dimaksudkan dengan falsafah?
Use this transcript
Related transcript hubs

[0:04]Assalamualaikum dan salam sejahtera Nufa ucapkan kepada semua. Hari ini kembali lagi dengan Nufa dalam kuliah pertama iaitu kuliah pengenalan kepada falsafah. Sebelum kita tahu apa itu falsafah adalah lebih amat menarik kalau kita tahu apa sebenarnya dimaksudkan dengan falsafah. Hari ini Nufah jemput tetamu yang istimewa iaitu Prof Hazim Shah daripada Universiti Utara Malaysia. Prof, boleh tak Prof terangkan kepada Nufah apakah yang dimaksudkan dengan falsafah? Baik jadi soalannya ialah apakah makna falsafah ataupun apakah yang dimaksudkan dengan bidang atau istilah falsafah itu sendiri. Jadi umumnya falsafah itu kalau datang dari perkataan Greek iaitu Filo Sofia yang kemudiannya dalam bahasa Inggeris menjadi filosofi. Dan perkataan falsafah itu adalah di dalam bahasa Melayu tetapi asalnya dari perkataan Arab iaitu falsafah juga lebih kurang. Tapi asalnya dari dari tamadun Greek atau falsafah Greek iaitu dan perkataan cantuman dua perkataan iaitu filo dan Sofia. Filo bermakna love ataupun cinta dan Sofia bermakna wisdom boleh diterjemahkan sebagai kearifan ataupun kebijaksanaan. Jadi kalau digabungkan antara keduanya ia menjadi love of wisdom ataupun cinta terhadap kebijaksanaan ataupun kearifan sebagai satu ciri kemanusiaan. Tetapi falsafah juga boleh difahami sebagai pemikiran yang dasar, asas ataupun fundamental mengenai sesuatu perkara atau isu itu. Jadi falsafah ini utamanya cirinya ialah pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu perkara dan ia juga bersifat menyeluruh dan tidak terhad kepada satu-satu subjek topik ataupun daerah pemikiran. Dan contoh persoalan-persoalan falsafah yang terdapat di dalam ilmu falsafah ialah persoalan-persoalan umum seperti apakah makna kehidupan? Ataupun soalan seperti apakah sifat kewujudan dan hakikat kewujudan itu yang terdapat dalam kajian metafizik umumnya. Jadi persoalan-persoalan dasar seperti ini hanya boleh ditimbulkan di dalam bidang falsafah dan bukannya bidang-bidang yang lain. Dan pada masa yang sama ia memainkan peranan yang penting di dalam membuat kita berfikir secara mendalam dan mengenai perkara-perkara yang asas. Persoalan pokok mengenai sesuatu isu itu supaya kita dapat suatu pemikiran yang jelas tentang apakah persoalan pokok mengenai ataupun yang terdapat di dalam sesuatu bidang itu. Dan falsafah juga khususnya di dalam yang terdapat dalam falsafah moden di Barat dan juga bukan Barat ialah falsafah itu sebagai satu kegiatan untuk menjelaskan konsep-konsep dan pemikiran-pemikiran asas mengenai sesuatu itu supaya kita dapat menjelaskan di dalam pemikiran kita tentang apakah makna ataupun apakah signifikan sesuatu konsep yang digunakan itu dan sama ada konsep itu mempunyai makna ataupun sebaliknya. Dan ini dapat memberikan kita suatu macam klarity ataupun kejelasan tentang isu-isu yang yang mungkin mendasari pelbagai bidang ilmu ataupun pelbagai sistem pemikiran. Jadi itu huraian saya mengenai apa yang dimaksudkan dengan falsafah. Walaupun falsafah ini dianggap sebagai bidang yang am kita perlu tahu bahawa falsafah ini mempunyai maksud yang tersendiri ya. Lepas kita tahu apa itu maksud yang tersendiri maka kita lihat bahawa terdapat negara-negara lain yang mempunyai ideologi atau falsafah sendiri. Apabila mereka ada, maka mereka dapat menyusun atur sistem negara mereka. Misalnya di Malaysia kita lihat falsafah yang terkandung dalam rukun negara cukuplah amatlah sangat cantik. Jadi boleh tak Prof terangkan kepada Nufa bagaimana falsafah ada hubung kaitnya dengan rukun negara Malaysia? Baik ini satu soalan yang menarik kerana di sini falsafah dikaitkan dengan satu keadaan atau situasi yang bercorak kebangsaan ataupun bercorak individu dalam erti kata ianya menjurus kepada sesuatu daerah ataupun kawasan geografi. Sedangkan dalam sejarahnya falsafah itu bersifat universal dan tidak terbatas kepada mana-mana tempat ataupun lokasi geografi. Jadi adakah ini patut dilakukan? ini persoalan pertama yang kita harus kemukakan. Kerana mungkin ada yang menganggap bahawa ini akan melemahkan bidang falsafah itu sendiri dalam erti kata bahawa ia menjadikan falsafah itu sebagai sesuatu yang tidak lagi bersifat sejagat ataupun lokal dan hanya menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang boleh dianggap sebagai nasionalistik ataupun parokial. Namun demikian saya beranggapan bahawa tidak menjadikan kesalahaan untuk falsafah itu ditujukan kepada sesuatu konteks yang spesifik khususnya dalam konteks pemikiran sesebuah negara ataupun budaya itu.

[6:37]Kerana ini adalah realiti kehidupan dunia pada hari ini. Walaupun kita menganggap bahawa dunia pada hari ini adalah bersifat global dan universal. Namun demikian terdapat ciri-ciri tempatan yang membezakan antara satu masyarakat dan budaya itu dengan satu masyarakat dan budaya yang lain. Jadi oleh kerana itu kita tidak boleh menyamakan misalnya keadaan di Amerika Syarikat ataupun Eropah dengan keadaan di Asia ataupun di Malaysia. Kerana sejarahnya berbeza, pemikirannya berbeza, sifat tempatannya berbeza dan sebagainya. Dan maka itu adalah wajar bagi falsafah yang dibangunkan di dalam sesuatu masyarakat itu mempunyai kaitan dengan persoalan-persoalan yang dihadapi oleh masyarakat itu. Dan kalau kita lihat sejarah falsafah pun keadaannya begitu kepelbagaian falsafah yang dicerminkan dalam falsafah-falsafah yang terdapat dalam tamadun-tamadun yang berbeza di dunia ini seperti tamadun Barat, tamadun Islam, tamadun Asia dan sebagainya menunjukkan bahawa falsafah itu juga mempunyai sifat lokalnya sendiri walaupun isu-isu yang ditanganinya adalah bersifat universal dan global.

[8:06]Jadi di dalam hal ini saya tidak sama sekali menganggap bahawa kaitan mengaitkan falsafah dengan satu ideologi tempatan ataupun pemikiran kebangsaan seperti yang terdapat dalam rukun negara menjadi sesuatu kesalahan. Malahan ini adalah sesuatu perkembangan yang positif pada pendapat saya dan dalam hal ini saya ingin merujuk kepada falsafah kebangsaan yang terdapat ataupun termaktub dalam rukun negara yang juga dianggap sebagai satu bentuk ideologi kebangsaan seperti mana juga Pancasila di Indonesia boleh dianggap sebagai satu bentuk ideologi kebangsaan. Jadi apakah ciri-ciri ideologi kebangsaan ini seperti yang termaktub dalam rukun negara? Yang pertamanya ialah kepercayaan kepada Tuhan. Jadi ini adalah satu ciri umum yang dianutiti oleh ramai penduduk-penduduk di negara ini di Malaysia yang juga mewakili masyarakat yang berbilang kaum. Dan saya rasa ini tidak menimbulkan apa-apa kontroversi atau masalah kerana kepercayaan kepada Tuhan adalah satu kepercayaan yang dipercayai dan dianutiti oleh mereka dari pelbagai agama.

[9:32]Misalnya agama Islam, agama Kristian, agama Hindu ataupun agama yang berkaitan dengan masyarakat China seperti misalnya ta'uisma ataupun budism. Mereka semua mempunyai konsep ketuhanan. Walaupun diakui bahawa dalam pemahaman Budism tidak ada secara eksplisit disebut tentang Tuhan namun ada unsur-unsur kerohanian yang boleh dikaitkan dengan sejenis ketuhanan konsep ketuhanan. Baik jadi prinsip yang pertama ini tidak mencabarlah rakyat sebaliknya ia boleh dianggap sebagai suatu common denominator ataupun titik pertemuan di antara pelbagai budaya dan kaum yang mempunyai fahaman agama masing-masing. Jadi kepercayaan kepada Tuhan saya rasa wajar diserapkan sebagai prinsip yang pertama dalam rukun negara dan kita lihat ianya mempunyai unsur pemikiran falsafah kerana dikaitkan dengan fahaman keagamaan di situ. Dan prinsip rukun negara yang kedua ialah kesetiaan kepada raja dan negara. Jadi kita sedar bahawa konteks dunia moden ini sistem politiknya adalah berdasarkan kepada konsep negara bangsa iaitu Nation State. Dan ini timbul bermulanya di Eropah di sekitar mungkin abad ke-18 hingga ke hari ini apabila kita menyebut tentang masyarakat manusia tidak boleh tidak kita mesti memikirkannya melihatnya dari konteks negara bangsa. Dan Malaysia di dalam hal ini tidak terkecuali kerana Malaysia juga adalah satu bentuk Nation State negara bangsa. Tetapi ciri-ciri Nation State Malaysia mempunyai ataupun mengandungi unsur-unsur sejarah yang tersendiri yang mendirikan sistem yang terdapat pada hari ini. Kerana apa? Kerana dalam sejarah Malaysia terdapat sistem beraja ataupun sistem monarki di dalam sejarah Malaysia khususnya dengan adanya Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 atau 15. Dan unsur sejarah ini diserap dalam sistem kerajaan yang ada pada hari ini iaitu constitutional monarki ataupun sistem raja berperlembagaan. Maka jika itu adalah sistem yang mendasari negara bangsa Malaysia sudah tentulah prinsip yang kedua, kesetiaan kepada raja dan negara itu menjadi suatu prinsip yang wajar diterima umum. Dan unsur kesetiaan ini adalah penting bagi memastikan bahawa ada aspek kesepaduan di kalangan rakyat dan kesepaduan itu berdasarkan kepada kesetiaan mereka kepada raja yang menjadi lambang negara sebagai Ketua negara itu sendiri.

[12:58]Dan juga negara itu sendiri yang mempunyai perlembagaannya yang tersendiri dan sebagainya. Jadi prinsip yang kedua ini juga saya anggap suatu prinsip yang wajar diterima umum oleh kesemua rakyat Malaysia. Yang ketiga, keluhuran Perlembagaan. Kita tahu bahawa setiap Nation State itu ataupun negara bangsa itu mempunyai perlembagaannya yang tersendiri. Dan di situlah ciri-ciri kebangsaan itu termaktub secara eksplisit iaitu di dalam perundangan dan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan Amerika Syarikat berbeza dari perlembagaan Britain, berbeza dari perlembagaan negara Perancis, berbeza dari perlembagaan negara India dan berbeza dari perlembagaan negara Malaysia itu sendiri. Jadi di situlah national karakteristiknya termaktub secara eksplisit iaitu di dalam perundangan dan perlembagaannya itu sendiri. Dengan itu maka wajarlah jika prinsip yang ketiga ini iaitu keluhuran perlembagaan itu dijadikan sebagai satu prinsip rukun negara dan dalam kes ini prinsip yang ketiga kerana ia membolehkan apa-apa pertikaian diselesaikan dengan merujuk kepada prinsip perundangan yang paling tinggi iaitu perlembagaan negara. Dan ini penting bagi memastikan kestabilan di dalam sesebuah negara itu kerana kalau tidak kita tidak akan dapat mempraktikkan mengamalkan konsep masyarakat yang berasaskan kepada Law and Order. Kerana Law and Order itu hanya boleh dilaksanakan dengan adanya perundangan yang jelas dan dalam hal ini perlembagaan merupakan perundangan yang paling tinggi. Jadi ini adalah satu prinsip yang wajar juga diserapkan dalam rukun negara dan diterima umum oleh rakyat Malaysia. Prinsip yang keempat iaitu kedaulatan undang-undang. Jadi di sini seperti yang saya katakan tadi mengenai perlembagaan, perkara yang sama boleh dilanjutkan kepada undang-undang cuma perlembagaan itu merupakan highest form of law. Dan poin saya mengenai penerbitan ataupun bagaimana untuk mengekalkan kestabilan masyarakat itu melalui perundangan, ini dapat direalisasikan dengan adanya prinsip keempat ini iaitu kedaulatan undang-undang. Di mana tidak ada sesiapa yang boleh dianggap sebagai mengatasi ataupun melebihi undang-undang iaitu nobody is above the law. Dan jika prinsip ini diterima maka kita akan lebih yakin bahawa kita boleh mengekalkan mengekalkan keharmonian dalam satu masyarakat itu. Kerana apa-apa pertikaian yang mungkin muncul atas dasar agama ataupun bangsa dan sebagainya boleh diselesaikan melalui sistem perundangan yang sedia ada. Dan dengan itu untuk membolehkan perkara itu maka rakyat harus menerima akan konsep kedaulatan undang-undang ataupun the sovereignty of law. Dan prinsip yang terakhir iaitu kesopanan dan kesusilaan. Jika sekiranya prinsip-prinsip yang di atas tadi lebih bersifat formal atau struktural, prinsip yang terakhirnya yang kelima ini menuju kepada sesuatu yang lebih bersifat personal dan berkaitan dengan perhubungan manusia atau pun human relations. Dan ini juga adalah satu prinsip yang penting kerana ia boleh menjamin dan mengekalkan harmoni hubungan yang baik di kalangan rakyat walaupun ia tidak mempunyai mungkin suatu kuasa perundangan. Tetapi ciri ini penting dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia kerana dengan adanya perasaan tolak ansur dan kesopanan dan kesusilaan kita dapat melahirkan suatu masyarakat yang lebih harmonis dan lebih bertimbang rasa terhadap fellow human beings ataupun fellow citizens dan mereka ataupun rakan-rakan senegara mereka kerana mereka akan sentiasa mengambil kira akan perasaan orang lain mempunyai rasa hormat terhadap orang lain dan bertindak balas dengan orang lain dengan secara sopan dan mengekalkan kesusilaan. Jadi ini semua adalah ciri-ciri yang penting untuk dipegang oleh setiap rakyat Malaysia dan ini boleh menjamin kestabilan politik dan sebagainya dan pada masa yang sama kita lihat di sini bahawa ada unsur pemikiran falsafah yang mendasari prinsip-prinsip tersebut. Prof, Nufa rasakan kita pun mempunyai falsafah yang tersendiri dan falsafah ini terletak dalam bidang pendidikan iaitu falsafah pendidikan kebangsaan. Prof, apakah ciri-ciri falsafah yang terdapat dalam falsafah pendidikan kebangsaan dan bolehkah Prof terangkan kepada Nufa? Baik jadi soalannya ialah mengenai unsur-unsur falsafah yang termaktub ataupun yang terdapat di dalam falsafah pendidikan kebangsaan yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Jadi eloklah saya nyatakan apakah elemen-elemen penting yang terdapat di dalam falsafah pendidikan kebangsaan itu. Iaitu ia bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang ataupun insan yang seimbang. Dan dalam konteks ini melalui proses pendidikan melalui persekolahan dan pendidikan universiti dan sebagainya. Dan tujuannya adalah baik kerana ia melihat pendidikan itu sebagai sesuatu proses yang lebih luas. Maksudnya itu ia bukan melihat pendidikan sebagai satu proses untuk melahirkan graduate-graduate yang hanya mempunyai kemahiran tertentu bagi tujuan mengisi jawatan-jawatan di pasaran buruh iaitu labor force melahirkan satu labor force yang cekap dan efisien sahaja. Kerana jika itulah yang dilakukan dalam oleh sistem pendidikan kita maka sudah tentulah ia tidak melahirkan manusia yang seimbang tetapi hanya manusia yang cekap melakukan pekerjaan mereka tetapi dari segi kemanusiaan mungkin mereka telah gagal sebagai seorang insan yang mulia. Jadi bagi mengatasi masalah yang mungkin timbul dari sistem pendidikan yang tidak seimbang ini, maka satu falsafah pendidikan kebangsaan telah diwujudkan bagi memastikan bahawa perhatian yang diberikan itu bukan sahaja tertumpu kepada satu aspek misalnya aspek intelektual yang dikaitkan dengan pencapaian akademik. Dan ini biasa berlaku dalam mana-mana sistem pendidikan dianggap sebagai suatu medan di mana mereka bersaing seolah-olah pendidikan itu adalah medan pertempuran di mana terdapat prinsip survival of the fittest digunakan yang berjaya akan terus berjaya dalam kehidupan yang gagal dan sistem pendidikan akan gagal. Jadi jika itulah situasi atau skenarionya sudah tentulah sistem pendidikan itu boleh dianggap sebagai gagal. Sebaliknya untuk mengelakkan situasi ini dikemukakan suatu falsafah pendidikan yang menekankan empat aspek bagi memastikan bahawa insan yang dilahirkan dan melalui sistem ini merupakan insan yang berjiwa mulia kerana terdapat keseimbangan di dalam personalitinya. Jadi keseimbangan ini boleh capai dengan menumpukan perhatian bukan hanya kepada satu perkara tetapi kepada empat perkara yang penting bagi menjadikan seorang itu insan yang mulia dan berguna. Apakah empat aspek tersebut? Empat aspek tersebut adalah pertamanya aspek jasmani iaitu jasad tubuh badan kita.

[22:04]Ini juga harus diberi perhatian walaupun kita mahu melahirkan manusia yang pintar dengan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu bidang itu misalnya dan pengetahuan yang luas juga. Tetapi kita harus akur bahawa kita adalah manusia yang mempunyai jasad. Dan jika kita tidak memberi perhatian kepada tubuh badan kita, sudah tentulah pemikiran kita akan terjejas dan tidak dapat berfungsi secara optimal. Jadi pendidikan jasmani umpamanya adalah satu subjek yang diadakan di sekolah-sekolah dengan dengan penuh kesedaran bahawa aspek tubuh badan jasad itu harus diberi perhatian.

[22:51]Dan dalam hal ini pendidikan mengenai kesihatan juga menyumbang ke arah pembangunan yang jasmani yang sihat dan yang baik dan sebagainya. Ini dicerminkan dalam sistem pendidikan itu sendiri dengan adanya subjek seperti pendidikan jasmani dan juga mungkin kegiatan-kegiatan kokurikulum yang menekankan aspek sukan dan sebagainya sebagai pembinaan jasmani. Yang kedua, aspek emosi. Dan sekarang ini kita lihat adanya emotional question juga selain daripada IQ ataupun intellectual question. Sudah timbul cara mengukur keseteraan ataupun kestabilan emosi menunjukkan bahawa di Barat juga di mana sistem emotional question ini diterbitkan juga mula memberi perhatian kepada aspek emosi. Kerana apa? Kerana manusia itu juga mempunyai perasaan dan jiwa yang ada yang jiwa sifat halus dan sebagainya yang mendasari pemikiran kognitif sebenarnya. Selalunya kita menganggap seolah-olah pemikiran rasional, pemikiran ataupun aspek kognitif itu tidak dilandasi ataupun tidak terletak di suatu landasan yang bersifat bukan kognitif. Tapi sebenarnya tidak kerana apa? Kerana fungsi kognitif juga bergantung kepada keadaan emosi yang stabil. Jika emosi kita tertekan misalnya tidak mungkin kita dapat berfikir dengan baik dan tidak mungkin kita dapat mencapai keputusan kognitif yang maksimal. Dengan itu perhatian harus diberikan kepada aspek emosi. Bagaimanakah cara aspek emosi ini diberi perhatian di dalam sistem pendidikan kita? Mungkin melalui cara guru-guru mengajar subjek-subjek mereka kepada murid-murid. Dan cara guru-guru berinteraksi dengan murid-murid iaitu menunjukkan lebih elemen kasih sayang, elemen mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid.

[25:10]Dan dengan adanya satu saluran formal seperti adanya kaunselor di sekolah-sekolah, adanya kaunseling sessions dan sebagainya. Dengan ini diharap keadaan emosi pelajar dapat dipelihara.

[25:26]Juga melalui aktiviti-aktiviti luar sekolah ataupun kokurikulum activities di mana murid-murid dapat meluaskan kegiatan mereka itu yang mana tidak hanya terhad kepada kegiatan akademik. Tetapi juga mengekspresi diri mereka melalui umpamanya sukan, nyanyian, muzik ataupun aktiviti keagamaan dan sebagainya. Dan ini semua memainkan peranan dalam menimbulkan emosi yang stabil di kalangan murid-murid. Baik kita pergi pula ke aspek yang ketiga iaitu rohani yang ada kaitannya dengan emosi juga. Cuma bila kita sebut tentang kerohanian ada kaitannya dengan keagamaan. Jadi di sini menunjukkan bahawa sistem pendidikan itu tidak terpisah dari fahaman-fahaman yang asas ataupun pendirian yang asas dari segi pemikiran ataupun fahaman fundamental yang dimiliki oleh seorang murid itu dalam bentuk keagamaan misalnya.

[26:36]Dan kegiatan-kegiatan keagamaan memanglah tidak dilarang di sekolah-sekolah kerana adanya persatuan-persatuan misalnya yang berasaskan kepada faham agama masing-masing.

[26:56]Dan kegiatan-kegiatan keagamaan ini untuk menjamin bahawa perkembangan rohani seorang pelajar itu tidak terputus apabila mereka memasuki sistem pendidikan yang formal. Dan selain itu juga terdapat subjek-subjek yang memberi perhatian kepada pendidikan aspek kerohanian iaitu misalnya aspek kerohanian melalui mata pelajaran agama dan sebagainya. Baik yang akhir sekali iaitu perkembangan intelek. Baik ini jelas kelihatan dengan adanya sistem pendidikan yang mementingkan akan mata-mata pelajaran yang bersifat akademik dan dengan cara ini dapat membina ilmu dan juga minda murid-murid ke arah pemikiran yang lebih tajam ke arah pencapaian akademik ataupun pencapaian ilmu yang lebih luas dan mendalam dan ini akan menajamkan lagi pemikiran mereka.

[28:01]Dan sekarang ini terdapat sistem penilaian yang tidak hanya bertumpu kepada kepada keputusan peperiksaan akhir dan sebagainya. Tetapi sistem penilaian juga memberi ruang kepada pemikiran yang lebih kreatif intelektual development yang lebih sihat dan sebagainya dan ini adalah penting bagi kita menghadapi cabaran-cabaran masa depan khususnya di dalam dalam dengan adanya cabaran dikemukakan oleh IR 4.0 iaitu Industrial Revolution 4.0. Di mana intellectual development ataupun creativity dalam pemikiran itu diperlukan bagi membina seorang insan yang dapat menangani masalah-masalah akademik dan intelektual di dalam masyarakat akan datang. Jadi itulah sedikit sebanyak penjelasan saya tentang unsur-unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara dan bagaimana ianya mempunyai kaitan dengan falsafah. Dan kaitannya dengan falsafah ialah kerana dalam falsafah juga diberikan perhatian kepada aspek-aspek yang berlainan di dalam yang ada pada diri manusia itu sendiri iaitu manusia itu sebagai sesuatu entiti yang bukan hanya terdiri dari tubuh badan yang fizikal tetapi juga mempunyai emosi, mempunyai pemikiran intelektual dan juga sifat kerohanian.

Need another transcript?

Paste any YouTube URL to get a clean transcript in seconds.

Get a Transcript