Thumbnail for TAZKIRAH : Jangan Pandang Rendah Perkara Kebaikkan - Ustaz Shamsuri Ahmad by zonkita zonkuliah

TAZKIRAH : Jangan Pandang Rendah Perkara Kebaikkan - Ustaz Shamsuri Ahmad

zonkita zonkuliah

21m 11s2,428 words~13 min read
AI audio transcription
Transcript source

AI audio transcription

This transcript was generated from the video's audio because no usable YouTube caption track was available. The transcript below is server-rendered so it can be read, searched, cited, and shared without opening the original YouTube player.

Timestamped outline
Pull quotes
[0:00]Kata dia, aku jumpa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam untuk minta izin nak pi umrah.
[0:00]Tuan-tuan, macam yang kita tahu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam duk ada di Madinah, sedangkan kerja umrah ini di Mekah.
[0:00]Jadi Saidina Umar bin al-Khattab radiallahuanhu, dia cerita kata dia teringat nak pi umrah.
[0:00]Nabi kata kepada Saidina Umar bin al-Khattab radiallahuanhu, Nabi kata, esok bila sampai di Mekah, jangan lupa doakan kami.
Use this transcript
Related transcript hubs

[0:00]Daripada Saidina Umar bin al-Khattab radiallahuanhu. Kata dia, aku jumpa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam untuk minta izin nak pi umrah. Tuan-tuan, macam yang kita tahu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam duk ada di Madinah, sedangkan kerja umrah ini di Mekah. Jadi Saidina Umar bin al-Khattab radiallahuanhu, dia cerita kata dia teringat nak pi umrah. Maka dia minta izin kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Fala. Dia kata maka Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pun bagi izin. Nabi kata pilah. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam la ya Ukha min dua'ik. Nabi kata kepada Saidina Umar bin al-Khattab radiallahuanhu, Nabi kata, esok bila sampai di Mekah, jangan lupa doakan kami. Yang duk ada di Madinah ini, jangan lupa kami di dalam doa kamu. Fa qa'ala Umar kalimatan. Dia kata itu adalah ungkapan kata-kata Nabi yang aku tak akan sanggup untuk tukar ungkapan kata-kata itu dengan apa pun yang ada dalam dunia ini. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam satu orang yang sangat merendah diri, padahal dia Nabi. Doa dia cukup mustajab. Tapi kerana merendah diri, sahabat dia nak pi umrah, dia pesan dekat sahabat dia, jangan lupa doakan dia. Di pihak sahabat pula yang kata Umar bin al-Khattab radiallahuanhu. Kata-kata Nabi itu sangat memberi kesan pada hati dia. Sehinggakan dia kata kalau sekiranya dia diminta tukar kata-kata Nabi itu dengan berapa harga sekalipun atas nilai dunia, dia tidak akan tukar. Waqa'ala Syu'bah. Dan berkata Syu'bah. Syu'bah ini dia bukan sahabat dan dia bukan tabi'in. Dia ni tabi' tabi'in. Orang yang hidup zaman Nabi, dia panggil sahabat Nabi. Sahabat Nabi ni ialah orang yang masuk Islam dan hidup di zaman Nabi. Tabi'in adalah generasi yang berikutnya. Depa ni tak dan jumpa Nabi. Depa hanya dan jumpa sahabat Nabi. Next generation dia panggil tabi' tabi'in.

[3:04]Depa ni adalah golongan yang tak dan jumpa Nabi. Depa hanya dan jumpa tabi'in.

[3:13]Syu'bah ini ialah tabi' tabi'in. Kata dia, Syu'bah ini tabi' tabi'in. Bila dia jumpa dengan 'Asim. 'Asim ini tabi'in.

[3:28]Tuan-tuan nampak tak dia punya peringkat-peringkat itu. Tabi' tabi'in. Syu'bah ini tabi' tabi'in. Bila dia jumpa dengan 'Asim. 'Asim ini tabi'in. Bila dia berjumpa dengan 'Asim di Madinah. Fahhi. Dia kata 'Asim cerita dekat dia tentang hadis ni. Tabi'in cerita kepada tabi' tabi'in. Hang tahu tak dia kata, pernah berlaku zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Saidina Umar nak pi umrah, Saidina Umar minta izin dekat Nabi. Nabi bagi izin dan Nabi kata pula dekat dia, Umar kamu sampai Mekah jangan lupa doa kami. 'Asim cerita kepada Syu'bah. Dan kata 'Asim, ya Ukha fi dua'ik. 'Asim satu tabi'in dia lagi dekat dengan sahabat. Dia kata dekat tabi' tabi'in yang lagi jauh daripada sahabat ni yang hanya dan jumpa tabi'in ni, dia pula kata dekat kawan ni, dia kata hang pun serupa, jangan lupa doa aku.

[4:44]Dia nak habaq dekat kita tuan-tuan, yang kata generasi sahabat, yang kata generasi tabi'in, yang kata generasi tabi' tabi'in ini, depa ni adalah golongan manusia, adalah generasi yang sedaya upaya nak practice apa yang Nabi kata. Saidina Umar al-Khattab satu sahabat, dia kata kata-kata Nabi ni aku tak akan jual kata-kata ni, aku tidak akan gadai kata-kata ni dengan berapa ringgit sekalipun. Tabi' tabi'in pula apabila seorang tabi'in cerita kat dia, dan dan dia nak practice benda tu. Pasal apa? Pasal tabi'in 'Asim pun practice. 'Asim lepas cerita, 'Asim kata dekat dia, hang pun serupa jangan lupa doa aku. Pengajaran dia tuan-tuan yang pertama. Selalulah kita minta kepada kawan-kawan yang baik-baik supaya doakan kita. Yang kedua, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tak sombong dan kita jangan sombong. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Abi Umamah radiallahuanhu. Tuan-tuan nah, Abu Umamah ni tuan-tuan, dia ada satu cerita dia ni. Dia ni pernah sekali duduk dalam majlis ilmu Nabi, Nabi duk habaq tentang fadilat orang yang buat puasa sunat. Dia terkesan dengan kata-kata Nabi. Dia puasa tiap-tiap hari. Yang kata sahabat Nabi tuan-tuan. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam cerita tentang fadilat, tentang kelebihan orang yang buat puasa sunat, kata-kata Nabi itu menikam jantung dia. Dan terus dia puasa tiap-tiap hari. Dia tinggalkan Madinah, dia pi ke satu tempat. Lepas setahun, dia mai jumpa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Bila dia jumpa Nabi, dia nampak Nabi macam tak kenal dia pasal dia terlampau kurus, cengkung. Puasa hari-hari. Dia tanya Nabi, dia kata, "Ya Rasulullah, hal ta'rifuni?" Dia kata, "Ya Rasulullah, tuan tak kenal saya kah?" Nabi tak cam dah dia pasal dia kurus. Dia kurus bukan pasal kencing manis. Dia kurus pasal dia puasa hari-hari. Nabi kata tak perasan siapa. Dia kata, "Ana al-Bahili." Dia kata, "Ya Rasulullah, saya al-Bahili." Abu Umamah al-Bahili. Saya ni al-Bahili. Nabi golek kepala. Nabi kata, "Apa jadi dekat hang ni?"

[7:20]Dia habaq dekat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dia kata lepas pada Nabi cerita hari tu ni, setahun lepas Nabi cerita pasal puasa ni dia kata dia puasa hari-hari. Masya-Allah. Nabi nasihat dia, Nabi kata, "Kalau nak puasa pun jangan hari-hari." hak hak. Nabi kata bagi setiap orang itu ada hak dia. Kita kena rai hak itu. Diri kita, badan kita, isteri kita, anak-anak kita mempunyai hak ke atas kita. Kalau hari-hari kita puasa, kita tak bagi hak kepada badan kita. Kita dera dia hari-hari. Al-Bahili ni, dia kata Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Siapa yang keluar daripada rumahnya dalam keadaan dalam keadaan siap berwuduk."

[8:21]Kerana nak pi masjid kerana nak sembahyang fardu. Barang siapa dia keluar daripada rumah dia tadi, dia mandi manda, dia ambil air sembahyang semua siap. Mai masjid. Niat dia nak sembahyang fardu di masjid. Fa'ajruhu ka ajril hajjil muhhrim. Nabi kata pahala yang Allah sediakan dekat dia macam pahala orang yang buat haji dan dia dalam ihram.

[8:51]Pahala buat haji dah besar dah tuan-tuan. Tapi dia nak pi buat haji dan dia dalam ihram, lagi ganda pahala. Very simple punya amalan, Allah Subhanahu Wa Ta'ala janji begitu besar pahala. Just satu orang nak pi masjid nak sembahyang fardu, dia siap-siap ambil wuduk di rumah, dia mai, dia terus masuk masjid, dia sembahyang sunat tahiyatul masjid dan dia sembahyang fardu. Allah Subhanahu Wa Ta'ala nak bagi dekat dia pahala macam pahala orang pi Mekah buat haji dan ketika dia berada di dalam ihram. Wa man kharaja ila tasbihid dhuha. Nabi kata dan barang siapa yang keluar daripada rumah dia kerana nak pi sembahyang dhuha. La ya'nabuhu illa iyya. Dan dia keluar pi tidak ada niat lain melainkan kerana nak sembahyang dhuha. Kalau kita persempitkan konteks itu, kita tak usah kata keluar daripada rumah nak pi masjid sembahyang dhuha. Kita kata dalam konteks kita di ofis. Kita tinggal sat tempat kerja kita kerana five minutes untuk dhuha. Kita keluar daripada ofis kita tu lima minit untuk nak dhuha dua rakaat. Nabi kata barang siapa yang macam tu, dia teringat nak sembahyang dhuha, dia tinggal tempat dia duduk tu, dia duk di rumah dia ke, dia duk kerja ke apa ke, dia tinggal sat kerana nak pi buat sembahyang dhuha. La ya'nabuhu illa iyya. Dia pi tu bukan kerana lain melainkan kerana nak sembahyang dhuha. Fa ajruhu ka ajril mu'tamir. Nabi kata pahala Allah bagi dekat dia macam pahala orang buat umrah. Wassalatun 'ala asarissalah. Dan Nabi kata dan siapa yang sembahyang, lepas tu duk tunggu nak sembahyang yang next, yang berikutnya. Macam kita ni. Sembahyang maghrib, nak tunggu isyak. Barang siapa yang sembahyang, lepas tu duk tunggu satu sembahyang lagi selepas daripada tu. La laghwa bainahuma. Itu tidak ada kita buat benda laga.

[11:10]Kita tak merapu, kita tak merepek, kita tak kata kat orang, kita kita jaga elok-elok antara satu sembahyang dengan satu sembahyang dan kita duk ingat, duk ingat ni sat lagi nak sembahyang. Duk ingat sat lagi nak sembahyang. Kitabun fi illiyyin. Nabi kata pahalanya sudah ditulis di illiyyin di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Pengajaran dia yang pertama biasakan berwuduk tiap-tiap kali nak pi masjid. Yang kedua, sembahyang dhuha jangan tinggal. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Abi Hurairah radiallahuanhu. Kata dia Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, Nabi kata apa pendapat kamu? Kalau sekiranya di depan rumah kamu, di depan pintu rumah kamu ada sungai dan kamu mandi sehari lima kali di sungai itu. Nabi tanya sahabat. Tanya dengan tujuan nak buka minda nak suruh fikir, nak suruh ambil pengajaran. Nabi kata katakanlah depan rumah hangpa ada satu sungai dan hangpa mandi sungai tu sehari lima kali. Nabi kata agak-agak hangpa badan hangpa ada daki dah? Kalau hangpa mandi sehari lima kali, agak-agak hangpa badan hangpa nanti ada daki kah tak kah? Sahabat jawab. Sahabat kata la ya min. Sahabat kata for sure tidak akan ada daki sikit pun.

[12:52]Pasti tidak akan ada daki sikit pun. Q Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Nabi kata macam tulah kalau hangpa sembahyang lima waktu. Tuan-tuan tengok cara ataupun method Nabi di dalam teaching, method ataupun kaedah yang Nabi guna dalam mengajar sahabat. Dia tak pi berpusing-pusing, dia tak pi ronda hulu hilir. Dia bagi satu simple contoh melekat dalam hati dan fikiran sahabat. Nabi kata katalah depan rumah hangpa ada sungai, hangpa mandi sehari lima kali. Agak-agak ada daki tak badan hangpa? Sahabat kata tentu tak ada punya. Nabi kata macam tulah sembahyang, kalau sekiranya hangpa sembahyang sehari lima kali without fail. Tanpa tanpa tertinggal. Subuh, zohor, asar, maghrib, isyak, hangpa sembahyang tanpa tertinggal. Yallahu bil khataya. Nabi kata Allah akan padam habis dosa-dosa hangpa. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, hadis itu hadis sahih riwayat al-Bukhari. Pengajaran dia sembahyang fardu jangan tinggal. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Aisyah radiallahuanha. Kata dia Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengutuskan satu sahabat dia pi perang. Kan Nabi perang ni di kalangan sahabat berebut. Kan bulan lepas kita baca kisah macam mana dua beranak berebut nak pi perang. Akhirnya anak mati dulu dalam perang Badar, bapa mati dalam perang Uhud. Hadis ni cerita dekat kita, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sudah pilih seorang sahabat untuk turut serta di dalam perang. Dia ni pula bila pi dalam medan perang, dia duk jadi imam. Wakana yaqra'u ashabihi fi solatihim. Fa ya'timu biqulhuallahu ahad. Syeikh ni bila dia naik jadi imam sembahyang kepada sahabat-sahabat dia di medan perang, rakaat pertama pun dia balun Fatihah dengan qulhuallah, rakaat kedua pun dia balun Fatihah dengan qulhuallah. Sahabat Nabi tuan-tuan. Most of sahabat Nabi ni hafaz Quran. Tapi dia ni, dia bila dia jadi imam, bila dia sembahyang, bila dia jadi imam rakaat pertama pun dia baca qulhuallah, rakaat kedua pun dia baca qulhuallah. Kan. Macam kita lah sembahyang di Masjid Fahim ni. Tok imam semua baca sedap-sedap. Tolaklah tok imam mana pun naik masya-Allah. Suara ni macam nak beli. Kita tengok oh syeikh ni naik sedap. Tengok dia baca qulhuallah kita nak marahlah. Kan. Kita kata hang baca sedap janganlah duk qulhuallah aku boleh baca. Kan. Itu dalam contoh yang terdekat. Kalau contoh yang lebih jauh kita pi Mekah. Kita pi buat haji, kita pi buat umrah. Tambahlah umrah yang ni cuma 13 hari, 12 hari. Tolak Madinah berapa hari, tinggal Mekah berapa hari saja. Tengok-tengok dalam empat hari, dalam empat malam di di Mekah itu, dapat Sudais satu malam. Masya-Allah kan. Kita punya expectation dan kita punya harapan ni dah Sudais baca ni alang-alang Sudais baca ni, sedekah cukup-cukup. Aku bayar mahal ni, mai ni. Tengok-tengok tah Sudais malam tu perut tak berapa cantik ke apa ke, qulhuallah dia bubuh. Berasa macam nak terkam pi, nak habaq kat dia hang tahu aku mai pakej berapa duit ni. Sama macam saya buat kuliah di di masjid ni pun serupa kalau nak dicontohkan bagi banyak. Sahabat-sahabat yang duduk di sebelah-sebelah taman sebelah-sebelah ni bila saya berhenti pukul 9.30, depa kata cantiklahlah. Tapi sahabat yang mai daripada Tanjung Dawai, Pak Tam kita. Sahabat yang mai daripada Alor Setar, sahabat yang mai daripada Perlis, depa mai jauh, depa minyak kereta depa, depa bayar tol, depa bayar apa, depa kata kalau boleh ustaz panjang sikit pun tak apa. Membaloi kami mai jauh ni. Kalau saya drag lebih daripada 9.30, taman sebelah-sebelah jerit saya. Tuan nampak tak? Hajat dan keperluan antara satu orang dengan satu orang tak sama. So kita nak, kita nak jaga siapa? Kita nak buat favour dekat siapa? So kita ambil 9.30. Jadi habaq awal-awal, bila saya takut sat lagi terlambat lagu nak jerit. Kan. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Macam tulah halnya dengan sahabat ini. Sahabat yang tidak disebut siapa nama dia. Bila pi dalam medan perang, dia mungkin suara sedap, orang duk tolak dia suruh jadi imam. Bila dia jadi imam, rakaat pertama Fatihah qulhuallah. Rakaat kedua Fatihah qulhuallah. Hak syok sembahyang pendek-pendek syoklah. Hak mana yang dia lagi panjang, dia lagi lazat dapat sembahyang dia tak syok. Dzaqaru zalika lin Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Bila balik perang, meneru pakat pi jumpa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Dzaqaru zalika lin Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Pi repot dekat Nabi. Dia kata ya Rasulullah ni syeikh ni ni, dia duk jadi imam masa kita kami pi perang hari tu, dia duk pulun qulhuallah saja. Faqola Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. saluhu. Nabi sebagai satu orang pemimpin, Nabi dia dengar satu repot mai dekat dia, dia tak lompat. Nabi sebagai satu orang pemimpin, bila satu orang mai cerita apa apa dekat dia, Nabi tak terus pakai, Nabi tak terus bertindak. Ini pun satu pengajaran. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bila orang mai cerita dekat dia pasal satu orang ni sembahyang duk baca qulhuallah tiap-tiap rakaat. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bila dengar benda ni, Nabi kata, "Saluhu. Pi sat tanya dia." Li syai ya'na zalik. Nabi kata pasal apa yang dia duk buat lagu tu? Nabi kata pi tanya dia, pasal apa rakaat pertama pun qulhuallah, rakaat kedua pun qulhuallah. Pi tanya sat dia pasal apa dia duk buat lagu tu. Fa sa'aluhu. Hadis tu kata maka depa pun pi tanya dia ni.

[19:38]Syeikh qulhuallah ni. Jawab dia, dia kata, "Li anha sifatur Rahman. Wa ana uhibbu an aqra biha." Dia kata kerana qulhuallah itu menceritakan sifat Allah, Tuhan ar-Rahman. Qul huwallahu ahad. Katakanlah Dialah Allah Tuhan Yang Esa. Aku syok surah ini, aku syok baca qulhuallah ini pasal dalam surah itu menceritakan sifat esa Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Aku syok surah tu. Orang pi habaq dekat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Faqola Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Nabi bersabda, Nabi kata akhbiruhu. Nabi kata pi habaq kat dia.

[20:31]Pi habaq kat dia, Allah sayabuh. Allah sayang dia. Kadang-kadang tuan-tuan, benda yang simple, benda yang ringan, kita buat tu niat kita apa? Ganjaran dia besar duk ada di sana. Pengajaran dia apa tuan-tuan? Jangan pandang remeh kepada kebaikan. Jangan kita duk pandang remeh, pandang pandang lekeh kepada benda kebaikan. Kalau benda tu benda baik, benda tu baik di sisi Allah dan Rasul. Yang kedua, kadang-kadang benda kecil, pahalanya besar.

Need another transcript?

Paste any YouTube URL to get a clean transcript in seconds.

Get a Transcript