Thumbnail for MAHKAMAH | Penuntut Universiti Pijak Al-Quran Didakwa Hari Ini by Buletin TV3

MAHKAMAH | Penuntut Universiti Pijak Al-Quran Didakwa Hari Ini

Buletin TV3

2m 33s268 words~2 min read
Auto-Generated

[0:03]Penuntut universiti yang disyaki menghina agama Islam di media sosial dengan memijak al-Quran akan didakwa di mahkamah pagi ini. Lelaki itu dijangka berdepan dua pertuduhan. Untuk perkembangan lanjut kita bersama Fazli Ahmad.

[0:20]Ya, terima kasih Afrina. hari ini kompleks Mahkamah Kuantan menjadi tumpuan kerana suspek dikihi terbabit dengan insiden memijak al-Quran dan tular di media sosial akan didakwa pada hari ini. Dan untuk makluman, suspek telah pun tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah ini kira-kira jam 9:00 pagi tadi. Dan sementara tadi kira-kira jam 9:10 pagi, suspek telah pun dibawa ke Mahkamah Sesyen 1 untuk proses pendakwaan. dalam kejadian 25 Februari lalu tular di media sosial mengenai seorang suspek berusia 20 tahun berjaya penuntut sebuah pusat pengajian tinggi tempatan di Pahang ini. telah memuat naik gambar memijak al-Quran dan telah menimbulkan kecaman masyarakat. untuk maklumat suspek ditahan pada hari sama dan akan didakwa mengikut seksyen 205 Kanun Keseksaan kerana mencemar objek yang dianggap suci iaitu al-Quran dengan memijaknya. Yang mana perbuatan tersebut dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan penghinaan terhadap agama Islam. jika sabit kesalahan mengikut seksyen ini tertuduh boleh dipenjara dua tahun atau denda ataupun kedua-dua sekali. Selain itu tertuduh juga akan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat dan memulakan sesuatu hantaran komunikasi yang bersikap jeli melampau dengan niat untuk menyakiti hati orang lain melalui aplikasi media sosial. yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun. Saya difahamkan pendakwaan untuk seksyen yang pertama akan dilakukan di Mahkamah Sesyen 1, Mahkamah Majistret 1 sebelum dipindahkan ke Mahkamah Sesyen untuk pendakwaan mengikut Seksyen 233. dan proses pendakwaan akan berlangsung pada bila-bila masa.

Need another transcript?

Paste any YouTube URL to get a clean transcript in seconds.

Get a Transcript