Thumbnail for Bercerita Kisah Nabi Sempena Maulidur Rasul by cucuAtokSiri

Bercerita Kisah Nabi Sempena Maulidur Rasul

cucuAtokSiri

3m 37s217 words~2 min read
Auto-Generated

[0:06]Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuli lembaran sirahmu. Pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nama saya Kaila Fakihah binti Muhammad Fadil. Umur saya enam tahun. Muhammad bin Abdullah, Nabi kita Rasul yang mulia. Kekasih Allah dan idola kita semua. Pada suatu hari, Rasulullah Sallallahualaihiwasallam menuju ke Taif ditemani oleh Zaid bin Harisah. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam berjalan kaki sejauh 50 batu menempuh panas dan terik matahari. Hawa panas padang pasir tidak sedikit pun menggoreskan semangat mereka untuk menyebarkan Islam. Setibanya mereka di Taif, Rasulullah Sallallahualaihiwasallam berjumpa dengan pemimpin Bani Takif. Rasulullah terus mengajak mereka kepada Islam. Tetapi mereka dengan sombong terus menolak dakwah Rasulullah dan menghalau Rasulullah. Keluarlah kamu dari negeri kami, kata mereka dengan angkuh. Lalu mereka mengumpulkan orang-orang dan membaling batu kepada Rasulullah. Mereka merejam urat keting Rasulullah sehingga kedua sepatu Baginda berlumuran darah. Rasulullah pun berhenti di sebatang pohon anggur. Dengan hati yang sedih Baginda pun berdoa, Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu. Aku tidak berupaya mengajak hamba-hamba-Mu di Taif untuk menerima ajaranku. Ya Allah, selagi Engkau tidak murka, aku akan tetap menjalankan tugasku. Kisah ini sungguh menyentuh hati. Hebatnya Rasul kita. Tetap bersabar kerana Allah. Orang yang sabar pasti menang. Rasulku, idolaku, saya cinta Rasulullah. Cantik kuntuman bunga Dahlia, pohon melati di tepi perigi. Rasulullah junjungan mulia, halus pekerti indah peribadi. Sekian, terima kasih.

Need another transcript?

Paste any YouTube URL to get a clean transcript in seconds.

Get a Transcript