Thumbnail for Falsafah Dan Isu Semasa : 3. Logik Dan Metodologi / Seni Dan Kaedah Berfikir by myislammedia

Falsafah Dan Isu Semasa : 3. Logik Dan Metodologi / Seni Dan Kaedah Berfikir

myislammedia

31m 39s3,171 words~16 min read
Auto-Generated

[0:04]Hai, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hari ini kembali lagi dalam kuliah ketiga. Apa itu kuliah ketiga? Kuliah ketiga ialah tentang logik dan metodologi. Okey, untuk bermula, kita lihat semua orang boleh berfikir, semua orang mempunyai cara berfikir. Mak cik kantin boleh berfikir, a ibu kita boleh berfikir, bapa kita boleh berfikir, semua orang boleh berfikir. Tetapi dalam konsep falsafah, ada kaedah-kaedah berfikir. Jadi Prof Hazim, Nurfa nak menanyakan satu soalan. Bagaimanakah kaedah berfikir yang dianjurkan dalam falsafah? Boleh Prof terangkan kepada kita? terima kasih Nurfa di atas soalan itu mengenai berfikir cara berfikir ataupun cara berfikir dalam ilmu falsafah. Jadi di dalam falsafah cara ataupun kaedah berfikir itu dikaitkan dengan logik iaitu satu lagi cabang falsafah. Dan dalam logik kita ada dua jenis logik iaitu logik deduktif dan logik induktif. Sebelum itu saya jelaskan sikit apa yang kita maksudkan dengan apa itu logik. Yang dikaitkan dengan cara berfikir tadi yang ditanya mengenai cara berfikir dalam falsafah. Jadi logik itu adalah satu kajian mengenai penghujahan ataupun dalam bahasa Inggeris dipanggil argumen. So logic is a study of arguments. Dan apakah yang dimaksudkan dengan argumen ataupun penghujahan itu? Iaitu sesuatu yang terdiri daripada dua bahagian ayat iaitu pertama bahagian yang dipanggil premis. Premis-premis ini menyokong apa yang dipanggil sebagai kesimpulan. Jadi ada dua bahagian di situ. Satu bahagian pertama dipanggil premis dan satu lagi dipanggil kesimpulan. Dan logik adalah kajian mengenai kaitan di antara premis dan kesimpulan dan sama ada kesimpulan itu ditarik dengan secara betul ataupun dengan secara sah daripada premis-premis yang dikemukakan. Akhir kata, logik ialah pengkajian tentang argumen. Argumen yang terdiri daripada premis dan kesimpulan. Dalam falsafah dia mempunyai dua logik iaitu logik didaktif dan logik induktif. Boleh Prof terangkan kepada Nurfa apa itu logik didaktif? baik terima kasih Nurfa di atas soalan tersebut. Di mana diminta saya menjelaskan tentang logik deduktif dahulu. Baik, jadi dalam logik deduktif kita dapati bahawa terdapat premis-premis dan kesimpulan yang ditarik daripada premis tersebut. Dan di dalam logik deduktif yang sah iaitu valid kita dapati bahawa setelah satu sifatnya ialah jika premis-premisnya benar maka kesimpulan yang ditarik daripada premis premis tersebut juga semestinya benar. Saya jelaskan dengan memberi satu contoh di sini. Iaitu di dalam logik didaktif terdapat sekurang-kurangnya dua atau lebih premis dari mana kesimpulannya ditarik. Di dalam premis yang pertama biasanya wujud satu pernyataan yang umum ataupun universal statement. Dan dalam premis yang kedua tidak semestinya ada satu universal statement atau premis yang umum tetapi sebaliknya satu penyataan yang khusus. Dan contohnya ialah begini ya. Premis yang pertama yang mengandungi kenyataan umum itu ialah satu kenyataan seperti semua manusia mempunyai jantung. Itu premis pertama. Premis kedua pula mengatakan bahawa contohnya Ali adalah seorang manusia. Jadi dari premis-premis tersebut saya boleh menarik kesimpulan bahawa Ali juga mempunyai jantung. Jadi di sini kita lihat bahawa sekiranya benar bahawa semua manusia mempunyai jantung dan sekiranya benar seperti dinyatakan dalam premis kedua bahawa Ali adalah seorang manusia maka tidak boleh tidak kita harus menarik kesimpulan bahawa Ali semestinya mempunyai jantung.

[4:40]Dan ini kerana adalah kerana jika penyataan yang mengatakan bahawa semua manusia itu mempunyai jantung adalah benar dan penyataan Ali adalah seorang manusia adalah benar maka kita tidak boleh lari daripada membuat kesimpulan bahawa Ali juga mempunyai jantung. Jadi itu contoh dan penerangan saya mengenai logik deduktif. Prof, bolehkah saya bagi satu contoh di logik didaktif dan kalau betul Prof okey kalau tak betul kalau Prof betulkanlah. Okey, dedaktifnya macam ni premis pertama ialah semua manusia akan mati dan premis kedua pula Ali seorang manusia. Maka kesimpulannya Ali akan mati. Betul tak Prof deduktif? Ah baik Nurfa Nurfa telah memberikan satu contoh logik penggunaan logik didaktif yang saya anggap betul dan satu yang jelas dan baik ya.

[5:38]Kerana di situ terdapat dua premis dan satu kesimpulan dan di mana premis yang pertama itu yang mengatakan bahawa semua manusia akan mati adalah satu ayat ataupun penyataan yang umum. Ah dari mana kita dapati ianya berbeza daripada premis yang kedua yang merupakan satu kenyataan khusus yang mengatakan bahawa Ali adalah seorang manusia.

[6:04]Dan dari premis-premis tersebut maka disimpulkan bahawa Ali juga akan mati. Jadi di situ kita lihat ia memenuhi ciri-ciri logik didaktif yang sah kerana terdapat dua premis dan satu kesimpulan. Dan jika premis-premis tersebut adalah benar iaitu jika benar bahawa semua manusia akan mati dan dalam kes ini memang benar.

[6:27]Dan sekiranya Ali adalah seorang manusia dan ini kita dapati juga benar kerana ada manusia yang bernama Ali misalnya yang juga bersifat sebagai seorang manusia. Maka sudah tentulah dari kesimpulan yang boleh ditarik di sini ialah Ali juga akan mati. Jadi inilah satu contoh yang baik yang telah Nurfa berikan dan menunjukkan penggunaan logik deduktif yang betul dan tepat. Terima kasih Prof sebab Nurfa. Akhirnya Nurfa dapat buat satu contoh yang betul dan alhamdulillah. Okey tapi Prof Prof ada satu lagilah kaedah berfikir dalam falsafah iaitu kaedah heuristik. Boleh Prof terangkan tak apa itu kaedah heuristik? baiklah Nurfa. Jadi seperti yang Nurfa katakan tadi saya masih lagi belum jelaskan tentang logik induktif ya. Selepas menjelaskan logik didaktif terdapat masih lagi ada satu logik iaitu induktif yang seperti yang Nurfa kata saya masih berhutang dan saya cuba lunaskan ataupun langsakan hutang itu sekarang dengan menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan logik induktif ini.

[7:35]baik jadi kalau kita lihat dari segi logik dan melihat logik induktif maka kita dapati bahawa bagi logik induktif berbeza dari logik deduktif kita tidak perlukan dua premis sekurang-kurangnya.

[7:51]Kita hanya perlukan sekurang-kurangnya satu premis. Walaupun kebiasaannya terdapat lebih daripada satu premis yang digunakan. Dan dari premis tersebut ataupun dari premis-premis tersebut kita menarik kesimpulan dari premis-premis itu.

[8:08]Ah dan di dalam logik induktif kita tidak mempunyai kriteria ataupun sifat yang sama seperti yang terdapat di dalam logik didaktif ya. Ini adalah kerana di dalam logik induktif bahawa sekiranya premis ataupun premis-premisnya betul ini tidak semestinya bermakna bahawa kesimpulan yang juga semestinya betul.

[8:35]Berbeza daripada logik didaktif tadi ya. Jadi kalau kita ambil sebagai contoh misalnya premis pertama mengatakan bahawa semua burung gagak yang pernah saya lihat sebelum ini mempunyai bulu yang berwarna hitam. Maka dari premis tersebut saya simpulkan secara induktif bahawa semua burung gagak. Maksudnya semua burung gagak di dunia ini mempunyai bulu hitam. Bulu ataupun bulu yang berwarna hitam. Jadi kita lihat di situ dari premis yang boleh kita katakan bersifat khusus. Kerana ia merujuk kepada pemerhatian yang telah saya buat mengenai burung gagak iaitu yang jumlahnya adalah terhad. Finite number of burung gagak. Dari situ saya tarik kesimpulan yang mengatakan bahawa semua burung gagak iaitu termasuk yang belum saya lihat lagi juga berwarna hitam.

[10:10]Ya jadi kesimpulan ini yang melangkaui batas yang terdapat di dalam premis yang diberi. Ini tidak menjamin akan kebenaran kesimpulan tersebut.

[10:39]Rumusannya logik induktif tak semestinya memberi kesimpulan yang benar pada akhirnya. Okey hari ini Nurfa nak bagi satu contoh logik induktif. Iaitu premis pertama mengatakan bahawa Ali seorang Datuk yang berkepala botak dan premis kedua adalah Ahmad seorang Datuk yang berkepala botak. Kesimpulannya, semua Datuk berkepala botak. Prof rasa betul ke logik induktif yang Nurfa buat ni? baik Nurfa Nurfa telah memberikan satu contoh penggunaan logik induktif. Dan logik induktif contoh yang diberikan tadi saya anggap betul kerana menepati syarat-syarat penggunaan logik induktif yang betul. Kerana di dalam contoh yang Nurfa berikan terdapat dua premis-premis yang mana setiap premis itu mengandungi ayat yang berupa ayat khusus iaitu ayat pertama ataupun premis pertama mengatakan bahawa Ali adalah seorang Datuk yang berkepala botak.

[11:44]Premis kedua mengatakan Ahmad adalah seorang Datuk yang berkepala botak dan dari dua kes itu maka disimpulkan bahawa semua Datuk Datuk mempunyai kepala botak. Dan itu merupakan satu kesimpulan umum berdasarkan pada premis-premis yang khusus ditarik satu kesimpulan umum mengenai Datuk-datuk yang dikatakan mempunyai kepala botak. Di situ kita dapat lihat bahawa kenyataan umum yang terdapat dalam kesimpulan itu tidak semestinya benar walaupun premis-premisnya benar. Dan ini adalah kerana mungkin ada Datuk-datuk yang mempunyai cucu maksudnya yang masih lagi mempunyai rambut dan tidak berkepala botak. Jadi jika ada Datuk-datuk yang masih lagi belum berkepala botak maka ini sudah tentulah bermakna bahawa kesimpulan yang mengatakan bahawa semua Datuk mempunyai kepala botak itu adalah tidak benar adalah palsu. Ah dan ini juga adalah satu sifat logik induktif yang mana dari premis-premis yang benar kita menarik kesimpulan umum yang tidak semestinya benar tetapi berdasarkan kepada premis-premis yang telah diberi itu. Terima kasih Prof kerana menerangkan tentang logik induktif dan didaktif. Penjelasan yang sangat menarik dan kita dapat lihat beberapa contoh yang Nurfa bagi dan Prof bagi. Okey namun begitu dalam falsafah ini terdapat kaedah-kaedah berfikir lain seperti kaedah abduksi dan kaedah heuristik. Bolehkah Prof terangkan tentang apa itu kaedah abduksi? Baiklah soalan tadi mengenai kaedah berfikir yang lain dan yang pertama ialah kaedah yang diberi nama Abduction ataupun dalam bahasa Malaysinya Abduksi. Jadi di dalam Abduction ataupun dalam bahasa Inggeris juga disebut sebagai inference to the best explanation apa yang terdapat di sini ialah berlakunya sesuatu fenomena itu. Ya kita dapat melihat ada berlakunya sesuatu fenomena dan dari situ kita cuba menyimpulkan apakah yang berlaku sebelum wujudnya fenomena itu yang boleh menjelaskan kenapa fenomena tadi wujud.

[14:19]Maknanya kita cuba memberi satu penjelasan atau explanation yang terbaik berdasarkan kepada fenomena yang wujud itu ya. Dan dalam hal ini kita berfikir dengan secara berfikir secara ke belakang ataupun thinking backwards dalam bahasa Inggeris. Contohnya yang mudah. Ah kita melihat sesuatu fenomena seperti kita memerhatikan kereta yang bergerak di jalan raya. Dan kita soal timbulkan soalan bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku? Apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak? Apakah yang mesti wujud iaitu condition, kondisi ataupun keadaan yang mesti ada untuk membolehkan fenomena seperti kereta bergerak tadi berlaku.

[15:30]Dan di situ kita boleh fikirkan tentang syarat-syarat seperti pertamanya, kereta itu mestilah mempunyai minyak ataupun petrol yang mencukupi kerana kereta tak mungkin bergerak tanpa adanya petrol di dalam tangki minyak. Ya. Yang kedua, kita boleh simpulkan bahawa mesti ada pemandu yang memandu kereta itu. Kerana walaupun saya tahu bahawa ada teknologi tanpa pemandu, tapi teknologi tu belum sampai ke negara kita dan kita masih menggunakan sistem pemandu untuk menggerakkan kereta. Ya dan kita boleh juga membuat kesimpulan-kesimpulan yang lain seperti misalnya terdapat empat tayar yang berfungsi dengan baik. Ah kerana tanpa tayar yang berfungsi dengan baik, kalau ada tayar yang pancit misalnya maka kereta itu mungkin sukar untuk bergerak ya. Jadi dari satu fenomena yang mudah seperti melihat kereta yang bergerak, kita boleh menyimpulkan perkara-perkara yang tidak kita lihat dengan mata kita sendiri tetapi kita boleh buat satu macam pentakulan ataupun inference dengan memikir ke belakang dengan cara menanyakan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi ataupun yang wujud sebelum kita boleh melihat fenomena itu berlaku.

[17:13]Fenomena kereta bergerak dan di sini kita boleh fikirkan tentang apakah syarat-syarat yang perlu wujud untuk membolehkan fenomena yang kelihatan itu wujud.

[17:33]Ya jadi itu penerangan saya tentang penggunaan kaedah berfikir secara abduksi ataupun abduksi. Terima kasih Prof kerana memberi penjelasan yang sangat menarik dan sangat baik. Ah tapi Prof Prof ada satu lagilah kaedah berfikir dalam falsafah iaitu kaedah heuristik. Boleh Prof terangkan tak apa itu kaedah heuristik? Ah baik jadi Nurfa tadi tanyakan tentang kaedah berfikir secara heuristik. Saya telah jelaskan tentang logik induktif, deduktif dan juga abduksi dan kesemua ini sebenarnya adalah cara berfikir secara logik di mana terdapat peraturan-peraturan pemikiran yang boleh diaplikasikan. Ya tetapi bagi kaedah heuristik ianya berbeza daripada kaedah-kaedah yang saya sebutkan tadi. Kerana di dalam kaedah heuristik kita tidak ada peraturan-peraturan yang sistematik ataupun yang teratur yang boleh diaplikasikan seperti di dalam logik didaktif dan induktif. Dan ini membezakan ataupun membuatkan heuristik itu satu jenis berfikir yang berlainan daripada pemikiran logik. Tetapi walaupun begitu walaupun ia tidak mempunyai peraturan yang tertentu namun ada garis-garis panduan yang kita boleh gunakan. Untuk melaksanakan pemikiran heuristik ini dan satu lagi perkara yang harus saya jelaskan di sini ialah pemikiran heuristik ini bersifat penerokaan ataupun dalam bahasa Inggerisnya exploratory. Dan ianya bukan bersifat penilaian seperti yang terdapat dalam logik didaktif dan induktif. Di mana kita menggunakan kaedah logik untuk menilai sama ada sesuatu penghujahan ataupun pengendalian ataupun argumen itu boleh diterima sebagai sah ataupun tidak sah. Sebaliknya dalam heuristik kita cuba meneroka keadaan-keadaan yang baru yang mempunyai permasalahan-permasalahan tertentu dan di mana kita cuba mencari penyelesaian ataupun jawapan kepada masalah-masalah ataupun persoalan-persoalan tersebut. Ya jadi sudah tentulah kalau kita mencari penyelesaian kepada masalah kita tidak mempunyai kaedah yang khusus kerana jika kita mempunyai kaedah yang khusus yang boleh diaplikasikan dengan menjamin akan pencapaian kesimpulan ataupun jawapan yang memuaskan dalam hati kata memberi penyelesaian yang memuaskan maka sudah tentulah tidak ada masalah lagi yang tidak diselesaikan dalam dunia ini. Tetapi adanya masalah-masalah yang masih belum diselesaikan menunjukkan bahawa keadaan heuristik itu walaupun mempunyai garis-garis panduan yang boleh digunakan, ianya tidak menjamin akan tercapainya satu penyelesaian. Namun begitu ianya berguna kerana boleh meningkatkan, meningkatkan kemungkinan ataupun kebarangkalian tercapainya sesuatu penyelesaian iaitu ia boleh membantu ke arah penyelesaian masalah. Ya dan antara cara-cara yang boleh kita fikirkan dalam kaedah heuristik ialah antaranya contohnya dalam bahasa Inggeris dipanggil kaedah trial and error ataupun dalam bahasa Malaysinya cuba dan lihat akan apakah keputusan yang dicapai melalui percubaan tersebut. Ya jadi apabila kita menggunakan cara ini yang bukannya satu kaedah yang khusus tetapi boleh saya katakan sebagai satu rule of thumb ataupun garis panduan kasar maka kita akan lihat bahawa jika kita cuba beberapa cara dan mendapati bahawa masih juga gagal dan kita cuba cara yang lain maka mungkin dengan mengulangi kaedah-kaedah yang berlainan ini dalam penyelesaian masalah ataupun cara-cara penyelesaian yang berbeza kita akan jika kita bernasib baik mencapai satu penyelesaian. Ya tapi kita lihat di situ bahawa tidak ada suatu jaminan namun begitu ini adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung. Misalnya ya jadi trial and error itu adalah satu kaedah juga yang bersifat heuristik. Satu lagi contoh yang boleh saya berikan ialah lateral thinking yang digunakan oleh Edward De Bono misalnya. Dan lateral thinking ini saya anggap sebagai sejenis pemikiran heuristik kerana ia boleh membantu kita ke arah penyelesaian masalah. Satu contoh yang saya ingat daripada apa yang diajar oleh Edward De Bono mengenai lateral thinking ialah di mana kadang-kadang kesilapan kita ataupun kebolehan kita ataupun kegagalan kita untuk menyelesaikan masalah konseptual itu ialah kerana kita mengambil satu pendekatan yang salah ataupun membuat andaian ataupun tanggapan yang silap.

[23:16]Dan jika kita ubah andaian atau tanggapan itu mungkin kita akan dapat menyelesaikan masalah itu. Ya contoh yang diberikan oleh Edward De Bono sendiri dan ini saya dengari daripada beliau sendiri apabila beliau memberi satu ceramah di tempat yang mana saya pernah belajar dulu iaitu di Atlantic College di Wales. Beliau menceritakan bagaimana pengalamannya sebagai seorang undergraduate student di Oxford University Oxford di mana beliau dan rakan-rakan telah keluar lewat malam dan apabila kembali ke tempat penginapan beliau dan kawan-kawan beliau mendapati bahawa pintu gate sudah tertutup. Tutup rapat dan oleh kerana beliau ingin masuk ke dalam kawasan penginapan itu maka beliau dan kawan-kawan beliau memanjat pagar itu. Ya untuk masuk ke dalam kawasan kawasan penginapan. Apabila sudah masuk ke dalam kawasan penginapan barulah mereka sedar bahawa pintu gate itu sebenarnya tidak berkunci cuma tertutup. Ya. Jadi di situ Edward De Bono mengatakan bahawa apa yang silap di situ dalam pemikiran mereka ialah mereka membuat andaian yang silap. Iaitu menganggap bahawa gate yang tertutup pintu gate yang tertutup bermaksud bahawa ianya juga berkunci. Ya sedangkan jika dia mengubah andaian itu dan ataupun memeriksa semula sudah tentulah mudah masuk ke dalam kerana tidak perlu memanjat pagar tetapi cuma membuka pintu gate yang tidak berkunci itu ya. Dan ini terdapat juga ya dalam kes-kes seharian dalam kehidupan. Misalnya saya sendiri pernah mengalami kadang-kadang saya cuba membuka skru dengan memutar ke sebelah kanan ataupun ikut arah jam tetapi mungkin skru itu jenis yang lain. Jadi saya patutnya menukar andaian tadi dan mengubah haluan pembukaan skru iaitu arah yang sebaliknya iaitu anti-clockwise sebelah kiri dan saya pernah cuba ini dan saya berjaya menyelesaikan masalah-masalah seperti itu. Jadi ini saya anggap kaedah heuristik. Dalam kaedah-kaedah berfikir ini kadangkala kita melakukan kesilapan. Kesilapan ini dipanggil fallacy. Bolehkah Prof terangkan apa itu maksud fallacy? Ah baik seperti yang Nurfa juga ada sebut tadi iaitu falasi itu merujuk kepada kesilapan. Kesilapan di dalam penggunaan kaedah-kaedah ataupun teknik-teknik berfikir seperti logik deduktif, logik induktif dan lain-lain lagi. Jadi umumnya falasi ini merujuk kepada kesilapan di dalam menggunakan kaedah-kaedah berfikir tersebut.

[26:15]Ya misalnya dalam logik didaktif dan induktif telah menarik kesimpulan dengan secara tidak sah daripada premis-premis yang diberikan ataupun menarik kesimpulan yang tidak betul daripada premis-premis tersebut.

[26:30]Jadi ini semua menyebabkan kesilapan di dalam penggunaan logik-logik tersebut. Dan pada umumnya terdapat dua jenis falasi iaitu disebut sebagai falasi yang bersifat formal ataupun formal fallacies dan falasi yang bersifat tidak formal ataupun informal fallacies. Falasi yang jenis pertama iaitu formal fallacies itu berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-peraturan yang betul di dalam logik didaktif dan induktif.

[27:13]Bila kita mengabaikan penggunaan penggunaan peraturan-peraturan yang betul di dalam menarik kesimpulan daripada premis-premis, maka kita telah melakukan satu kesilapan ataupun falasi.

[27:29]Ah sebaliknya di dalam falasi jenis informal pula ianya tidak melibatkan pelanggaran apa-apa peraturan logik di dalam menarik kesimpulan daripada premis-premis. Ah dan di sini mungkin saya boleh berikan beberapa contoh untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan non ataupun informal falacies ini. Ah contoh yang pertama dipanggil ad hominem iaitu serangan ke atas orang yang membuat kenyataan ataupun mengeluarkan pandangan itu. Dan bukannya kepada pandangan ataupun penghujahan yang dibuat ataupun idea-idea yang diberi tetapi sebaliknya mengatakan bahawa pandangan itu tidak boleh diterima kerana sifat peribadi seseorang itu.

[28:44]Contohnya begini ya. Contohnya seseorang itu mengeluarkan sesuatu teori misalnya teori sains. Ya dan dikritik oleh seseorang yang tak bersetuju dengan teori itu dengan mengatakan bahawa orang itu adalah seorang Yahudi umpamanya. Ya. Jadi kritikan tersebut bukan terhadap idea ataupun teori saintifik yang dikemukakannya. Tetapi di atas dasar bahawa seorang yang mengeluarkan teori itu adalah perbangsa Yahudi dan ini dianggap sebagai satu falasi kerana tidak menunjukkan apakah kesilapan di dalam pemikiran orang itu tetapi sebaliknya menyerang akan peribadi orang itu kerana ianya adalah seorang Yahudi yang rata-rata ditolak oleh kebanyakan rakyat yang beragama Islam di negara ini misalnya. Jadi ini satu jenis retorik dan bukannya merujuk kepada satu kritikan yang berasaskan kepada pemikiran yang logikal. Satu lagi contoh ialah apa yang dikatakan dalam bahasa Latinnya post hoc ergo propter hoc.

[30:07]Ya itu bermaksud bahawa selepas kejadian itu berlaku maka apa yang berlaku sebelumnya dianggap sebagai penyebab kepada berlakunya perkara itu. Ya contohnya misalnya kita pergi masuk ke hutan dan kita terlanggar tunggul yang terdapat dalam hutan itu dan esok harinya kita jatuh demam jatuh sakit. Ya jadi di situ disimpulkan bahawa tersepaknya akan tunggul di hutan itu adalah penyebab kepada kita jatuh sakit.

[30:46]Ya itu dikaitkan sesuatu itu dengan apa yang berlaku selepas itu iaitu tersepak tunggul berlaku sebelum kita jatuh sakit dan ini dikatakan sebagai penyebab kepada penyakit itu. Sedangkan tidak ada kaitan secara sebab akibat. Causal relation yang sebenar di antara tersepak tunggul dan jatuh sakit. Tetapi oleh kerana kejadian itu berlaku turut sesuatu itu berturutan dengan yang satu yang lain maka dianggap ada hubungan sebab akibat di situ. Tapi tidak semestinya. Jadi apabila seorang membuat kesimpulan yang sedemikian ia dikatakan telah membuat kesilapan tetapi kesilapan secara informal kerana tidak melibatkan pelanggaran hukum-hukum logik.

Need another transcript?

Paste any YouTube URL to get a clean transcript in seconds.

Get a Transcript