[0:00]Malaysia tetap berpegang teguh sebagai negara Islam menolak budaya songsang Lesbian, gay, biseksual dan transgender atau LGBT. Meskipun diapit negara jiran yang mengiktiraf budaya itu, ia tidak memberi kesan kepada negara dan terus berpegang kepada undang-undang jenayah Syariah dan sivil yang sudah termaktub. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Idris Ahmad berkata, Malaysia masih dan akan terus konsisten dalam membantaas budaya dan kegiatan terbabit dan tidak akan sama sekali dibenarkan. Kita tidak akan bertindak demikian rupa sebab tu ada permohonan-permohonan yang dianggap sebagai golongan-golongan minoriti yang dianggap ada unsur-unsur kalangan puak-puak liberal yang cuba untuk memperjuangkan nasib mereka. Setakat hari ini Malaysia konsisten kita menentang terhadap benda-benda tu jangan munculnya di negara kita kerana pada kita ialah kita membenarkan untuk orang hidup dalam keadaan yang baik dan sebagainya tapi jangan bawa perkara-perkara untuk diperundangkan dan kita pun tak hendak perkara-perkara itu berlaku dalam masyarakat kita tadi. Nada sama turut disuarakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia Profesor Dr. Muhammad Roslan Muhammad Nor. Katanya, perkara itu perlu dipandang serius kerana mampu mempengaruhi golongan yang memperjuangkannya untuk mendapatkan hak sama. Sebenarnya Thailand pun bergerak ke arah yang sama. So Thailand dan Singapore nampaknya gerakan kita katakan sebagai gerakan LGBT lah ya bergerak begitu kuat dan begitu kukuh. Dan kemungkinan ia memberikan inspirasi kepada penggerak-penggerak LGBT di Malaysia. Jadi kita perlu untuk bersedia dengan langkah-langkah agar kita dapat mengelakkan daripada kumpulan kelompok-kelompok LGBT ini memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia bagi menerima amalan hubungan sesama jenis ini. Paling penting untuk mendidik masyarakat dan memberi kesedaran bahawa hubungan sesama jenis tidak boleh diterima walaupun kebanyakan mereka bergerak menggunakan nama hak asasi manusia. Saya kira peraturan sedia ada sudah memadai. Apa yang perlu kita buat adalah mendidik masyarakat bagi memahami bahawa hubungan sesama jenis ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sama ada berdasarkan agama ataupun berasaskan kepada humanity. Maksudnya dari sudut kepelbagaian agama yang ada di dalam negara kita pun saya kira kita boleh bersama untuk menolak daripada kita menerima unsur-unsur ini meresapi ke dalam negara kita. Rata-rata orang ramai yang ditemui menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan negara jiran itu yang dikhuatiri merebak ke Malaysia. Of course lah tak sebab as kita tahu memang Singapore memang dekat dengan Malaysia. Sedikit sebanyak benda tu menginfluence juga. Takut budaya yang ada dekat Singapore ni orang Malaysia terikut-ikut. Ah jadinya dia rasa benda tu benda biasa walaupun benda tu sangat dicegah kut dalam Islam sekalipun. Benda tu macam tak wajarlah. Sebab kita sendiri negara Islam. Kalau kita nak ikut negara dia orang memang tak betullah. Tapi kalau benarkan pun benda tu dekat negara kita. Sebenarnya dia tak memberi kebaikan pun langsung. Hanya beri mungkin ah Allah murka mungkin ada bala kalau benda tu terjadi. Tapi insya-Allah Malaysia ni negara aman makmur tak ada orang nak buat Menteri pun akan lakukan tanggungjawab yang betul.
Watch on YouTube
Share
MORE TRANSCRIPTS



