Thumbnail for LAPORAN PROJEK INTERNSHIP (MURAL INTERAKTIF STEM X BAHASA MELAYU ) by BM4 - Nur Alis Aireen

LAPORAN PROJEK INTERNSHIP (MURAL INTERAKTIF STEM X BAHASA MELAYU )

BM4 - Nur Alis Aireen

9m 49s552 words~3 min read
Auto-Generated

[0:26]Bagaimana jika sebuah bilik darjah bukan sekadar tempat belajar, tetapi menjadi ruang eksplorasi ilmu. Berdasarkan kepada pemerhatian, murid kelihatan kurang berminat terhadap pembelajaran bahasa Melayu apabila disampaikan secara konvensional. Murid juga menghadapi kesukaran memahami peribahasa, menulis karangan dengan format yang betul serta menggunakan kata adjektif secara tepat. Selain itu, murid tidak dapat mengaitkan pembelajaran dengan situasi sebenar kerana pengajaran yang bersifat terpisah mengikut subjek. Berdasarkan kepada isu yang timbul ini, kami dengan kerjasama ahli kumpulan mula memikirkan satu inisiatif bagi menangani masalah-masalah seperti ini. Bermula dari titik tolak ini, maka wujudlah satu idea dalam menghasilkan satu inovasi yang dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih interaktif, menyeronokkan serta bermakna kepada murid-murid. Pernah tak kamu semua terfikir bagaimana sebuah bilik dapat menjadi satu buku teks hidup?

[2:08]Projek ini diberi nama Inovasi Mural Interaktif Integrasi STEM dengan Pemerkasaan Bahasa Melayu. Di mana kami telah melukis tiga mural yang mengintegrasikan tiga maklumat daripada tiga subjek iaitu bahasa Melayu, Sains dan juga Matematik.

[3:05]Inovasi ini dibangunkan bagi membolehkan murid mengaitkan satu objek dengan pelbagai mata pelajaran. Contohnya, mural roket air. Mural ini secara umumnya menggabungkan tiga bidang utama iaitu Sains, Bahasa Melayu dan juga Matematik. Dari sudut pandang Sains, murid memahami mengenai konsep pergerakan roket dan juga bahan-bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan roket air. Manakala dari sudut pandang Bahasa Melayu, struktur roket ini boleh mewakilkan format karangan iaitu kepala sebagai pendahuluan, badan sebagai isi dan ekor sebagai penutup. Dari sudut Matematik pula, murid dapat belajar mengenai bentuk geometri seperti segi tiga dan juga hemisfera. Mural kedua pula memaparkan mengenai Bulan. Secara umumnya, Bulan ini merupakan satu planet yang berada di angkasa lepas. Namun, apabila kita integrasikan maklumat planet ini dalam tiga subjek, ia akan menghasilkan pelbagai maklumat. Contohnya, dari sudut pandang Bahasa Melayu, Bulan adalah satu objek yang telah digunakan dalam istilah peribahasa. Contohnya, Bagai Bulan jatuh ke riba, Bagai Bulan dipagar bintang, Bagai Pungguk rindukan Bulan. Dari sudut Sains pula, ia menceritakan tentang ketumpatan Bulan yang sememangnya tidak sama dengan ketumpatan yang berada di Bumi. Dari sudut Matematik pula, Bulan dapat kita gambarkan sebagai bentuk sfera dan murid juga dapat belajar cara untuk mengira ukur lilit menggunakan contoh Bulan. Mural ketiga mengenai kereta Formula One. Secara umumnya, mural ini telah menggabungkan maklumat mengenai kereta Formula One dalam tiga sudut pandang subjek. Bagi Bahasa Melayu, murid dapat belajar mengenai kata adjektif seperti besar, kecil, tinggi, rendah. Dari sudut pandang Sains pula, ia menceritakan tentang had laju sesebuah kenderaan apabila dilepaskan mengikut kepada ketinggian. Dari sudut pandang Matematik pula, ia menceritakan tentang perbezaan jarak antara kereta Formula One satu dan kereta Formula One dua.

[7:36]Pendapat saya, cantik, kemas dan luas. Boleh belajar Bulan, tentang Bulan, tentang kata adjektif, tinggi dan rendah. Cantik, menarik.

[7:54]Bulan kerana saya suka tentang angkasawan. Formula One. Kerana cantik dan saya dapat belajar banyak perkara macam kata adjektif. Roket kerana dia warna-warni, cantik dan banyak benda yang saya boleh belajar.

[8:20]Saya belajar pasal macam Matematik perbezaan perbezaan meter, Science, had laju kereta, Bahasa Melayu, kata adjektif. Ini buat format karangan, kalau hujung roket tajam pendahuluan, badan roket isi, ekor roket penutup. Saya boleh menggunakan peribahasa dalam karangan.

[8:58]Ya, saya rasa saya nak belajar sangat dalam bilik ni. Nak, saya nak belajar sebab menarik. Best.

[9:36]Inovasi ini telah membuktikan bahawa pembelajaran tidak terhad di dalam buku semata-mata. Sebaliknya, ia boleh dihidupkan melalui pengalaman yang bermakna.

Need another transcript?

Paste any YouTube URL to get a clean transcript in seconds.

Get a Transcript