Thumbnail for Taqlid dan Talfiq   1 by Mohd Hafiz Jamaludin

Taqlid dan Talfiq 1

Mohd Hafiz Jamaludin

46m 2s3,459 words~18 min read
Auto-Generated

[0:02]Assalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh. Alhamdulillahhi rabbil alamin wabihi nasta'in 'ala umuri dunya waddin wassalatu wassalamu 'ala asrofil anbiya wal mursalin.

[0:15]Sayyidina Muhammad wa ala alihi wasahbihi ajmain amma ba'd. Insya-Allah pada kali ini saya akan membincangkan tajuk yang diberikan kepada saya iaitu tajuk taklid dan talfiq.

[0:32]Taklid dan juga talfiq. Jadi tajuk ini merupakan sebahagian daripada kursus Pengantar Pengajian Syariah. Setelah kita membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan syariah ini ataupun pengenalan kepada syariah ini.

[0:49]Jadi saya akan menyambunglah dalam tajuk taklid dan talfiq ini. Jadi setelah sebelum ini kita ada bincangkan berkenaan tentang al-ijtihad.

[0:58]Jadi pasangan bagi ijtihad itu adalah taklid. Ijtihad dan taklid ini adalah dua perkara yang serta yang mesti dibincangkan oleh para ulama khususnya di dalam disiplin ilmu Usul Fiqh.

[1:13]Setelah dibincangkan ijtihad maka akan dibincangkan juga taklid di situ. Dan di dalam taklid itu ada perbahasan berkenaan tentang talfiq.

[1:23]Nama saya Muhammad Hafiz bin Jamarudin, pensyarah daripada Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

[1:38]Sebagai pendahuluan, ijtihad merupakan satu kedudukan yang tinggi dari sudut syarak. Kedudukan yang tinggi tersebut menyebabkan sebahagian penuntut ilmu tidak mampu mencapai tahap mujtahid.

[1:54]Apatah lagi masyarakat awam yang tidak mendalami ilmu syarak secara langsung. Jadi ijtihad adalah satu perkara yang kita bincangkan sebelum ini ya. Jadi ijtihad itu adalah satu perkara yang dituntut.

[2:10]Sebahagian ulama mengatakan ijtihad itu adalah fardu kifayah. Mesti ada daripada sebahagian daripada kita ini yang mampu berijtihad bagi mengeluarkan atau menetapkan hukum-hukum permasalahan yang baru yang berlaku di kalangan masyarakat.

[2:27]Tetapi bukan semua orang boleh mencapai tahap ijtihad ini. Ada sebahagian penuntut-penuntut ilmu pun, mereka belajar dalam ilmu syarak, mereka belajar berkaitan dengan hukum hakam fiqah.

[2:41]Dan kaedah untuk mengeluarkan hukum, tetapi mereka tidak naik kepada makam ijtihad. Maka mereka ini juga tidak boleh digolongkan sebagai mujtahid. Dan lebih-lebih lagi masyarakat awam biasa yang tidak mengkhususkan pengajian mereka dalam bidang syariah.

[3:00]Maka lebih-lebih lagilah mereka ini tidak mampu untuk sampai kepada tahap mujtahid. Justeru, pengambilan hukum syarak tidak boleh terhad kepada ijtihad semata-mata, kerana ia adalah perkara yang mustahil dan menyebabkan kesukaran yang bersangatan.

[3:17]Jadi kaedah untuk mengetahui hukum syarak salah satunya dengan ijtihad. Tapi bukan semestinya dengan ijtihad. Ada perkara kaedah yang lain yang boleh untuk kita mendapatkan hukum syarak itulah dengan kaedah kaedah taklid.

[3:30]Dan ada sebahagian ulama mengatakan talfiq pun boleh digunakan. Lalu diberikan kelonggaran kepada kita untuk bertaklid kepada pandangan para mujtahid bagi mendapatkan hukum syarak bagi setiap permasalahan yang memerlukan penjelasan daripada syarak.

[3:52]Jadi bagi mereka yang tak sampai tahap ijtihad, tahap mujtahid, maka mereka bolehlah bertaklid dengan mana-mana para ulama. Mana-mana orang alim yang mengetahui tentang hukum syarak, maka diambil terus hukum tersebut direct kepada mereka.

[4:08]Bukan daripada al-Quran, bukan daripada hadis Nabi, bukan melalui ijtihad-ijtihad. Ini sebagai pendahuluanlah kepada konsep taklid dan juga talfiq.

[4:20]Jadi saya akan masuk dulu perbahasan berkenaan tentang taklid sebelum kita teruskan berkenaan tentang talfiq pula.

[4:30]Taklid dari sudut bahasa adalah berasal daripada kalimah masdar. Berasal daripada kalimah masdar bagi kata kerjanya qallada yuqallidu taqlidan. Fi'il dia qallada, ada syaddah kat situ kan.

[4:47]Mudhari'nya yuqallid dan masdarnya taklid. Dan dari sudut bahasa ia bermaksud menggantungkan sesuatu atas sesuatu. Menggantungkan. Qallada tu menggantungkan.

[5:01]Contoh penggunaannya qallattuha qidadatan ai ja'altu fi 'unuqiha qidadah. Aku menjadikan pada tengkuknya itu kalung ataupun satu kalung.

[5:25]Contoh lain, sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tabrani, qalladu al-khaila wa la tuqalliduha al-awtar. Tungganglah kuda.

[5:37]Nabi perintahkan kepada kita supaya menunggangi kuda bagi memerangi musuh Allah dan mempertahankan kaum muslimin dan jangan kamu tungganginya kerana membalas dendam dan permusuhan sepertimana ketika zaman jahiliyah.

[5:50]Jadi kita memakaikanlah. Maksud menggantungkan kuda itu. Kita bergantung di atas kuda itu, naik atas kuda itu, itu juga adalah maksud ataupun penggunaan taklid dari sudut bahasa.

[6:39]Taklid dari sudut istilah pula mempunyai beberapa takriflah yang disebutkan oleh para ulama antara antaranya Isfirayini menyebut taklid itu sebagai penerimaan pandangan seseorang tanpa hujah.

[6:56]Qabulul qauli bila hujjah. Syirazi pula mengatakan taklid sebagai penerimaan sesuatu pandangan tanpa dalil. Qabulul qauli min ghairi dalilin.

[7:12]Kata hujah kemudian kata dalil kan. Hampir kurang maknalah sama tu. An-Nasafi pula mentakrifkan taklid sebagai seseorang yang mengikuti orang lain pada perkara yang didengarinya.

[7:25]Dengan mengandaikan bahawa dia berada di atas kebenaran, tanpa tilikan dan penelitian terhadap dalil. Ittiba'ur rajuli ghairuhu fima samia'uhu minhu 'ala taqdiri annahu muhiqq. Kita mengandaikan bahawasanya dia berada atas kebenaran.

[7:47]Bila nazarin wa ta'ammulin. Tanpa kita melakukan sebarang kajian dan tanpa sebarang penelitian fid dalil. Kita tak tengok langsung pada dalil, kita hanya terus ambil direct daripada individu tersebut.

[8:02]Disebabkan keyakinan kita kepada dirinya dan kita rasa bahawasanya dia berada di atas kebenaran. Walid bin Fahd al-Wad'an pula mentakrifkan taklid sebagai pergantungan dengan pandangan mazhab seseorang yang perkataannya tidak boleh dijadikan sebagai hujah dengan sendirinya.

[8:24]At-ta'alluq bi mazhabin man laisa hujjatun binafsih. Perkataannya tidak boleh dijadikan sebagai hujah sebab dia bukan Nabi, dia bukan Rasul kan. Kalau Nabi itu, perkataan dia dah boleh dijadikan hujah dah.

[8:50]Ataupun perkataan para sahabat pun ada sebahagian ulama kata perkataan para sahabat boleh dijadikan sebagai hujah. Dan kalau perkataan para ulama yang mana dia merupakan himpunan para ulama sehingga menjadi ijmak, itu juga boleh dijadikan hujah.

[9:56]Dan juga perkataan para sahabat di sisi sebahagian para ulama yang mengutamakan pandangan para sahabat daripada qiyas lagi, seperti mazhab Hambali yang mengatakan pandangan para sahabat itu boleh dijadikan sebagai hujah.

[10:27]Walaupun dia hanya perkataan seorang saja tapi disebabkan dia sahabat maka perkataan dia itu pun boleh dijadikan hujah di sisi mazhab-mazhab yang tertentu lah. Bukan semua mazhab yang menerima perkataan para sahabat ini.

[10:41]Mazhab Syafii hanya menerima pandangan para sahabat sekiranya tidak ada khilaf daripada sahabat-sahabat yang lain. Hubungan antara makna taklid dari sudut bahasa dan istilah.

[10:55]Taklid berasal daripada perkataan al-qiladah iaitu kalung yang diletakkan di tengkuk. Justeru, ia mempunyai hubungan dengan makna taklid dari sudut istilah kerana muqallid berpegang dengan pandangan mujtahid, menyerahkan urusan penentuan hukum kepadanya dan mengikut pandangan mujtahid dalam perkara kebaikan dan keburukan.

[11:21]Seolah-olah dia telah menjadikan mazhabnya seperti kalung yang digantung di tengkuknya. Seolah-olah itu apa saja pandangan seorang itu telah telah dipikulkan ataupun telah diletakkan di tengkuknya.

[11:37]Dia menyebabkan menjadi kewajipan terhadap dirinya untuk mematuhi segala apa yang ditetapkan oleh para para ulama, para mujtahid pada pada ketika itu. Para mujtahid yang yang menjadi pegangan bagi dirinya.

[11:55]Jadi adalah persamaan di antara makna dari sudut bahasa dan juga makna dari sudut istilah. Makna dari sudut bahasa taklid itu memakaikan di tengkuknya.

[12:11]Dan makna dari sudut istilah maksudnya kita memakaikan segala mazhab segala pegangannya itu pada diri seseorang muqallid, diri seseorang yang bertaklid kepada pandangan sesuatu mazhab atau pandangan sesuatu seseorang mujtahid itu.

[12:29]Pembahagian taklid. Taklid boleh dibahagikan kepada dua, taklid yang dibenarkan dan taklid yang dilarang. Jadi ada taklid yang dibenar dan ada taklid yang dilarang.

[12:40]Jadi selalu kita dengar taklid ini adalah perkara yang yang yang buruk, perkara yang yang tidak elok, perkara yang tidak dibenarkan oleh syarak. Perkara yang dibenci oleh syarak.

[13:27]Tapi kalau dia masuk dalam kategori taklid yang dibenarkan, tak boleh kita nak katakan perkara itu perkara yang dicela oleh syarak. Bahkan perkara itu sebenarnya dituntut, dituntut oleh syarak.

[13:38]Jadi kita tengok kat sini yang pertamanya taklid yang dibenarkan adalah seorang muqallid mengikut seseorang yang menurut pandangannya berada dalam kebenaran. Maka, dia mengikutinya dengan mengambil kira bahawa dia berhak menetapkan sesuatu hukum dan berhak mengeluarkan fatwa berdasarkan ilmu syarak.

[14:00]Dia juga bermaksud tidak harus baginya mengikuti seseorang yang berada dalam kesalahan dan kesesatan. Kita yakin bahawasanya dia berada dalam kebenaran ataupun kalau tak sampai tahap yakin pun kita sangkaan yang kuat bahawasanya dia berada dalam kebenaran.

[14:11]Dan dia mempunyai kelayakan untuk keluarkan fatwa. Dia ada ada kemampuan untuk mengeluarkan fatwa berdasarkan ilmu-ilmu yang ada pada dirinya. Sebab seorang yang nak keluarkan fatwa mesti sampai tahap mujtahid.

[14:26]Dan syarat bagi mujtahid itu mestilah mahir pakar di dalam ilmu-ilmu yang telah ditetapkan. Mesti pakar dalam ilmu usul fiqh, mesti pakar dalam ilmu fiqah, mesti pakar dalam ilmu khilaf-khilaf ulama.

[14:40]Mesti mengetahui segala ijmak para ulama, mesti mengetahui ilmu bahasa Arab. Jadi itu semua adalah kriteria-kriteria yang menyebabkan seorang itu boleh digelar sebagai mujtahid dan boleh mengeluarkan hukum, boleh memberikan fatwa kepada masyarakat.

[14:58]Dia juga bermaksud tidak harus baginya mengikuti seseorang yang berada dalam kesalahan dan kesesatan. Tapi kalau kita yakin yang seseorang mujtahid ataupun seseorang individu itu berada dalam kesesatan.

[15:13]Dah sesat dah, dah tersalah dah, maka haramlah bagi kita untuk mengikutinya. Tak harus untuk kita mengikutinya lagi. Taklid yang dilarang adalah berterusan dalam mengikuti seseorang yang telah jelas kesalahannya dan kesilapannya dari sudut syarak.

[16:42]Maka, tidak harus bagi seseorang bersikap ta'asub dengan mengikut seseorang yang jelas kesalahannya. Taklid seperti ini adalah taklid yang dicela.

[17:01]Allah Taala mencela golongan kuffar disebabkan taklid seperti ini. Mereka menghalalkan apa yang menjadi amalan bapa-bapa mereka. Mereka juga menganggap baik segala perkara buruk yang dilakukan oleh orang-orang sebelum mereka.

[17:15]Jadi alasan kenapa mereka meneruskan suatu amalan ini kerana orang-orang tua mereka telah lakukan. Jadi akan ikut saja. Walaupun benda itu salah tapi disebabkan perkara itu dah dilakukan oleh orang tua kami, maka kami tetap meneruskan amalan-amalan tersebut.

[17:33]Yang ini yang diharamkan, yang ini tak dibenarkan. Bertaklid ini bukan bertaklid kepada para ulama, bertaklid kepada orang tua ataupun orang-orang lama yang meneruskan tradisi atau amalan-amalan yang tidak dibenarkan oleh syarak.

[17:49]Firman Allah Taala dalam surah Ibrahim. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apa yang kamu sembah? Mereka menjawab: Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya.

[18:37]Nabi Ibrahim bertanya: Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya? Mereka menjawab: Tidak satupun.

[19:00]Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian. Yang ini yang taklid yang dicela. Ikut saja apa yang dilakukan oleh datuk nenek, nenek moyang mereka.

[19:23]Walaupun jelas amalan tersebut bertentangan ataupun tidak ada faedah pun di dalam amalan-amalan yang mereka lakukan bahkan sebenarnya sangat memberi mudarat, memberi kemudaratan kepada mereka dalam melakukan pengibadahan kepada selain daripada Allah azza wajalla.

[19:45]Perbezaan antara taklid dan ittiba'. Apa beza taklid dan juga ittiba'? Jadi istilah yang berkait juga dengan taklid adalah kita mengatakan kita nak kita tak taklid tapi kita ittiba'. Ittiba' ni apa? Asal pada kalimah taba'a kan.

[20:05]Taba'a ikut juga. Taklid pun ikut, ittiba' pun ikut juga. Jadi apa beza antara taklid dan ittiba'. Para ulama berselisih pendapat berkenaan perkara ini.

[20:13]Sebahagian ulama menyamakan di antara taklid dan ittiba'. Pandangan ini adalah pandangan sebahagian besar ulama usul fiqh seperti al-Baqillani, al-Juwayni, al-Samarqandi, an-Nasafi, al-Jurjani, as-Syatibi dan Ibnu Taimiyah.

[21:07]Cuma, ikutan terhadap perkataan Nabi dan para sahabat dinamakan sebagai ittiba' dan bukan taklid. Ada pun perkataan selain daripada mereka, kedua-dua istilah taklid dan ittiba' boleh digunakan. Jadi golongan yang pertama ni ada pandangan yang pertama ni kata ittiba' tu.

[21:44]Kalau perkataan Nabi hanya hanya boleh menggunakan ittiba' semata-mata. Tak boleh kita kata kita taklid kepada Nabi, saya taklid kepada sahabat. Ha yang itu tidak tidak tepatlah istilah penggunaan di situ.

[22:30]Tapi secara umumnya pandangan yang pertama ini mengatakan taklid dan ittiba' itu sama saja mempunyai maksud yang sama. Jadi ada taklid yang dibenarkan dan ada taklid yang diharamkan.

[22:45]Sebahagian ulama membezakan di antara keduanya. Taklid bermaksud merujuk kepada satu pandangan yang tidak mempunyai hujah dan ia dilarang dalam syarak. Manakala, ittiba' adalah mengikut pandangan dengan hujah.

[23:24]Pandangan ini adalah pandangan sebahagian ulama seperti Ibnu Abi al-Izz, Ibnu Abd al-Bar, as-Syanqiti dan Ibnu al-Qayyim. Kesimpulannya, khilaf di antara keduanya adalah khilaf lafzi sahaja.

[23:42]Ini kerana jumhur ulama membahagikan taklid kepada taklid yang dibenarkan dan taklid yang dilarang. Taklid yang dibenarkan ini dinamakan sebagai ittiba' dan taklid yang dilarang pula dinamakan sebagai taklid bagi golongan yang membezakan di antara taklid dan ittiba'.

[24:49]Iaitu taklid bermaksud merujuk perkara yang tidak dibenarkanlah. Manakala ittiba' adalah mengikut pandangan dengan hujah. Siapa yang ikut pandangan orang lain tapi berdasarkan hujah-hujah tertentu maka ini dinamakan sebagai ittiba' bukan dinamakan sebagai taklid.

[25:17]Ini pandangan yang membezakan di antara taklid dan juga ittiba'. Pandangan ini adalah pandangan sebahagian ulama seperti Ibnu Abi al-Izz, Ibnu Abd al-Bar, as-Syanqiti dan Ibnu al-Qayyim. Kesimpulannya, khilaf di antara keduanya adalah khilaf lafzi sahaja.

[25:39]Walaupun ada khilaf pandangan, ada yang mengatakan taklid dan ittiba' itu adalah sama, ada yang mengatakan taklid dan ittiba' itu adalah berbeza. Tapi kita mengatakan perbezaan pendapat ini adalah khilaf lafzi sahaja, khilaf dari sudut lafaz.

[25:57]Maksudnya ada yang menyamakan dan ada yang membezakan. Tapi bukan khilaf dari sudut makna. Satu lagi panggil khilaf maknawi, khilaf maknawi ini memang beza sungguh, beza sungguh. Tapi khilaf lafzi ini beza dari sudut lafaz tapi makna dia sama saja.

[26:10]Makna dia tetap sama juga dari sudut hakikatnya tetap sama di antara kedua-dua mazhab ini. Jadi tak perlulah untuk terlalu berselisih pendapat berkenaan tentang masalah taklid dan ittiba'. Kami ini taklid kami tak taklid ittiba' kata khilaf ulama saja dan khilaf ni pun bukan khilaf yang sebenar, khilaf yang khilafnya adalah khilaf lafzi saja. Khilaf dari sudut lafaz tapi dari sudut makna tetap sama saja.

[26:10]Khilaf lafzi ni beza dari sudut lafaz tapi makna dia sama saja. Khilaf dari sudut lafaz tapi dari sudut makna tetap sama juga. Dari sudut hakikatnya tetap sama di antara kedua-dua mazhab ini. Tak perlulah untuk terlalu berselisih pendapat berkenaan masalah taklid dan ittiba'.

[26:17]Rukun bagi taklid. Jadi kalau seseorang itu nak bertaklid ada rukun-rukunnya. Pertamanya muqallid. Ini orang yang mengikut mazhab seseorang yang perkataannya tidak boleh menjadi hujah dengan sendirinya.

[26:29]Sama ada dia seorang awam ataupun seorang alim. Orang awam biasalah dia memang boleh dikatakan sebagai muqallid. Tapi ada juga orang alim yang dikategorikan sebagai muqallid kerana mereka ini tidak sampai tahap kepada tahap mujtahid.

[26:44]Muqallad, orang yang diikuti dengan mazhabnya. Siapa yang yang diikut orang yang diikuti itu dipanggil sebagai muqallad. Dan muqallad ini kebiasaannya adalah seorang mujtahidlah, seorang mujtahid. Muqallad fiqh.

[27:06]Perkara yang ditaqlidkan. Perkara yang ditaqlidkan tu diikut dalam masalah sembahyang ke, diikut dalam masalah muamalat ke, diikut dalam masalah hukum jenayah ke.

[27:21]Itulah yang dipanggil sebagai muqallad fiqh. Taklid dalam permasalahan furuk. Ini perbincangan-perbincangan hukumlah berkenaan taklid ini.

[28:02]Apa hukum taklid dalam permasalahan furuk? Pandangan sebahagian ulama dan ini dipanggil pandangan jumhurlah mengatakan harus taklid dalam permasalahan furuk.

[28:13]Jadi masalah furuk ini adalah masalah-masalah fiqh. Masalah-masalah fiqh harus dibenarkan untuk bertaklid dalam masalah furuk bahkan menjadi kefarduan bagi orang awam untuk bertaklid.

[28:30]Jadi orang awam yang tidak ada mempunyai alat, kaedah ataupun cara untuk mendapatkan hukum syarak, maka menjadi kewajipan terhadap dirinya untuk bertaklid.

[28:40]Ia merujuk kepada taklid orang awam kepada orang alim ataupun mujtahid. Jadi keharusan ini ataupun kefarduan ini merujuk kepada taklid orang awam kepada orang alim ataupun mujtahid. Jadi keharusan ini ataupun kefarduan ini merujuk kepada taklid orang awam kepada orang alim ataupun mujtahid.

[28:56]Sebahagian ulama pula berpandangan ijtihad adalah wajib dan taklid adalah haram. Dia kata taklid ni haram sama sekali. Tidak dibenarkan sama sekali untuk bertaklid dalam permasalahan-permasalahan furuk ini.

[29:40]Dia tidak dibenarkan sama sekali untuk bertaklid dalam permasalahan-permasalahan furuk ini. Tapi disebut kat sini, khilaf ini juga boleh dianggap sebagai khilaf lafzi. Kerana pandangan yang mengharuskan taklid merujuk kepada taklid yang dibenarkan.

[29:52]Manakala pandangan mengharamkan taklid adalah merujuk kepada taklid yang dilarang. Ini adalah pandangan Muktazilah dan dia juga adalah pandangan Ibnu al-Hazam, as-Syaukani, as-San'ani dan lain-lain.

[30:29]Jadi ada sebahagian ulama yang mewajibkan ijtihad tidak dibenarkan untuk bertaklid dalam apa cara sekalipun. Taklid dalam permasalahan furuk.

[34:44]Seterusnya perbincangan berkenaan tentang tamazhub. Apa hukum tamazhub atau hukum bermazhab? Bermazhab dengan mazhab-mazhab tertentu. Adakah wajib untuk kita bermazhab dengan mazhab Syafii, bermazhab dengan mazhab Hanafi?

[35:01]Tamzhab adalah atas wazan tafa'ala, at-tamazhubu atas wazan tamazhaba, yataza mazhabu tamazhban, tamazhub. Ia masdar daripada fi'il tamazhaba. Mazhab dari sudut bahasa adalah jalan dan laluan.

[35:43]Mazhab dari sudut istilah pula adalah jalan tertentu dalam mengistinbat hukum syarak yang berbentuk amalan daripada dalil-dalilnya yang terperinci. Itu mazhab. Mazhab adalah satu jalan, satu kaedah, satu kaedah yang lengkap.

[36:04]Yang menunjukkan kepada kita kaedah untuk mengistinbat hukum syarak yang berbentuk amalan khususnya dalam hal-hal yang amalanlah. Hal-hal yang berbentuk amalan kerana itu yang menjadi bidang yang disentuh dalam ilmu fiqah ini.

[36:21]Kalau lain daripada berbentuk amalan, berbentuk akidah ke, berbentuk permasalahan hati ke, itu bukan perbincangan dari ilmu fiqah. Ilmu fiqah adalah hukum-hukum yang berbentuk amalan sahaja.

[36:31]Daripada dalil-dalilnya yang terperinci. Jadi cara nak istinbat hukum daripada dalil, dalil daripada al-Quran yang terperinci, dalil-dalil yang tertentu. Maksud Sabda Nabi: wa aqimus solah wa atuz zakah. Apa yang kita boleh istinbatkan daripada hadis Nabi tersebut?

[36:52]Itu dalil-dalil yang terperinci. Kita bukan bincang Quran, sunnah, ijmak, qiyas, tak. Kita bincang terus apa lafaz al-Quran, apa lafaz hadis, apa qiyas yang kita boleh hasilkan daripada sesuatu pandangan ataupun sesuatu nas yang ada di hadapan kita.

[37:11]Tamazhub pula adalah mengikut pandangan imam yang berpegang dengan jalan tertentu dalam mengistinbat hukum syarak yang berbentuk amalan daripada dalil-dalilnya yang terperinci. Kalau mazhab itu adalah satu kaedah, tamazhub kita ikut kepada mazhab tersebut.

[37:21]Mengikut pandangan imam, kita ikut pandangan imam yang berpegang dengan jalan tertentu tadi tu, yang berpegang dengan mazhab tertentu tadi tu. Dia ada mazhab dia, dia ada mazhab dia dalam dia nak istinbat hukum syarak. Dia ada mazhabnya bagaimana dia nak istinbat daripada dalil-dalil yang terperinci tadi tu.

[37:51]Itu maksud tamazhub. Pandangan ulama tentang tamazhub. Terdapat perselisihan para ulama berkenaan permasalahan ini. Pandangan pertama kata wajib bagi muqallid yang tidak mencapai tahap mujtahid untuk mengikut pandangan mazhab tertentu.

[38:08]Hukum dia adalah wajib. Pandangan ini merupakan pandangan al-Juwayni, Ibnu as-Subki dan al-Mahalli daripada kalangan Syafiiyah. Ibnu Rajab dan Ibnu Hamdan daripada kalangan Hanabilah dan as-Syatibi yang bermazhab Maliki.

[38:21]Jadi ada sebahagian-sebahagian ulama yang mewajibkan. Memang ada yang mewajibkan. Jadi daripada Syafii ada, daripada Hambali ada, daripada Maliki pun ada yang mewajibkan untuk bermazhab dengan mazhab tertentu.

[38:46]Hujah bagi pandangan ini adalah sekiranya orang awam tidak mengikut pandangan mazhab tertentu, ia akan membawa kepada mengikut hawa nafsu dan mencari pandangan yang mudah daripada mazhab. Itu dipanggil tatabbu'ur rukhsah.

[39:24]Suka cari perkara-perkara yang mudah saja. Kalau mereka ini tidak diwajibkan untuk bermazhab dengan mazhab yang tertentu sehingga boleh membawa kepada gugurnya taklif. Kalau kita benarkan amalan tatabbu'ur rukhsah ini, mengambil mana-mana yang mudah daripada setiap mazhab, maka kemungkinan akan gugur taklif.

[39:44]Tidak ada unsur taklif. Taklif itu berat, memberatkan. Jadi ditaklifkan kita supaya ada unsur diberatkan dan di dalam amalan-amalan ini. Jadi dalam puasa, dalam kita nak mendirikan solat, dalam bayar zakat ada unsur taklif.

[40:02]Ah tetapi kalau kita mengambil pandangan yang mudah-mudah daripada setiap mazhab, maka kemungkinan akan gugur taklif. Dan mudah dah sembahyang pun kata boleh jamak ke. Puasa pun menyebabkan ya perkara ini boleh buat, perkara itu boleh buat sampai tak rasa lapar dan dahaga pun.

[40:27]Sebab berbagai-bagai kelonggaran yang kita ikut hasil daripada gabungan pelbagai mazhab ini. Pandangan kedua adalah pandangan jumhur. Mereka berpandangan bahawa tamazhub adalah harus dan tidak wajib. Ada beza dengan mazhab pertama yang kata wajib.

[40:43]Pandangan ini adalah pandangan Hanafiyah, Malikiyah, kebanyakan Syafiiyah dan pandangan yang masyhur bagi Hanabilah. Walaupun ada sebahagian golongan Syafii yang mewajibkan, tapi jumhur Syafii tetap kata tak wajib.

[40:57]Dan pandangan yang masyhur dalam Hanabilah. Walaupun ramai daripada mazhab Hambali yang mewajibkan tamazhub ini, tetapi pandangan yang paling masyhur dalam mazhab Hambali adalah tamazhub itu tidak wajib.

[41:11]Antara dalil bagi pandangan yang kedua ini adalah para sahabat mengharuskan bagi orang awam untuk meminta fatwa daripada seorang sahabat dalam satu masalah dan meminta fatwa daripada orang lain dalam masalah yang lain.

[41:37]Perkara ini tidak diingkari oleh mana-mana sahabat pada ketika itu. Ini menunjukkan bahawa beriltizam dengan mana-mana pandangan individu atau mazhab adalah tidak wajib. Pandangan yang pertama lebih mementingkan maslahah syariah.

[42:21]Khususnya pada zaman yang telah rosak, kurangnya warak dan lemahnya pegangan agama. Akan tetapi, bahaya ini telah ditutup oleh syarak dengan menyatakan azab seksaan bagi mereka yang menuruti hawa nafsu dan bukan ketetapan agama dalam pengambilan hukum syarak.

[42:32]Jadi golongan-golongan yang mewajibkan itu mereka lihat masyarakat pada ketika itu dah kurang pegangannya dalam agama. Dan kurangnya sifat warak mereka dalam nak mentaati perkara-perkara yang berkaitan dengan agama.

[42:46]War' ni dia cuba elak daripada perkara-perkara yang boleh menjatuhkan mereka dalam syubhat. Tapi sifat war' ni pun dah kurang. Jadi kerana menjagakan maslahah seperti itu maka mereka kata tamazhub itu adalah wajib.

[44:06]Para ulama salaf juga telah sepakat bahawa setiap perkataan individu itu boleh diterima dan ditolak melainkan perkataan Nabi S.A.W. Justeru, pandangan jumhur adalah pandangan yang lebih rajihlah sebab ini pun adalah pandangan jumhur.

[45:01]Majoritilah, majoriti berpegang kepada tamazhub itu adalah harus sahaja dan tidaklah sampai tahap wajib. Ah tapi bukanlah tapi bukanlah kata bermazhab itu adalah haram. Ah pandangan yang itu kata ada pandangan yang lain yang mengatakan bermazhab itu adalah haram.

[45:25]Tapi itu adalah pandangan-pandangan yang yang terbarulah yang mengatakan bermazhab itu adalah tidak dibenarkan. Tapi kalau kita tengok dalam perbincangan para ulama hanya ada dua sahaja iaitu sama ada dia bermazhab itu adalah diwajibkan ataupun mazhab itu tidak diwajibkan.

[45:43]Tapi kedua-dua golongan ini sebenarnya bersepakat bahawasanya bermazhab itu adalah harus. Harus untuk kita bermazhab. Bahkan sebaik-baiknya untuk kita bermazhab bagi mengelakkan kita jatuh kepada tatabbu' ar-rukhsah dan bagi mengelakkan kita daripada mengikut hawa nafsu di dalam penetapan-penetapan hukum syarak.

[46:02]Sekian, terima kasih. Wallahuta'ala a'lam bis sawab.

Need another transcript?

Paste any YouTube URL to get a clean transcript in seconds.

Get a Transcript